Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, April 30, 2019

Penang-1

Lama dah rancang nak ke Penang. Sekali Mil ajak pergi ramai-ramai. So aku decide pergi sehari awal laa. Malas nak bersesak-sesak jem. Tak silap aku masa ni public holiday. Sedia maklum la kan macam mana highway masa cuti kan. Kami gerak awal pagi. Breakfast pun dalam kereta je. Sebelum gerak ke Penang singgah ke Juru untuk solat jumaat dan lunch ketam sambal. Memang wajib singgah kalau aku pergi ke penang. Nama restorant nanti aku cari ek. Aku buat satu entry untuk itu nanti.

Tanya budak-budak nak lalu jambatan or naik feri. Semua pilih feri. Masing-masing excited je dapat naik. Angin pun bukan main kuat lagi. Untuk hari pertama ni, kami tido di hotel budget. Kahkahkah. Kami bermalam di Cititel express. Hotel ni dekat bandar and mall.


Aktiviti malam pertama terjah nan cis dengan nasik beriani claypot. Lepas tu round mall sambil ambik peluang tengok wayang. Malas nak berjalan-jalan dulu. Kita tunggu semua ada baru kita round satu Penang.

Keesokkannya, bersiap-siap untuk check out and cari sarapan. Disebabkan tak tau nak makan apa, cari la gerai yang jual nasik lemak. Tengok macam laku nauu je. Beli laa 3 bungkus untuk alas perut pagi tu. Rasa ok laaaa. Macam nasik lemak biasa la kan. Apa yang luar biasanya. Sambil-sambil menunggu abang tu bungkus, aku suruh la budak-budak ni ambik gambar omak sekeping dua buat kenangan.


Sementara nak menunggu semua sampai, kami berjalan-jalan laa dulu area bandar. Dalam pukul 11, husband aku dah ajak pegi pekena Deen Maju nasik kandar. Perut apakah ni???. Aku ni kenyang lagi. Husband aku kate malas nak beratuq jap lagi. Kang tengahari sure ramai orang. So mari la telan nasik kandar pukui 11 pagi.

Ko tengok muka budak-budak ni. Dorang tak percaya mak pak dorang ajak makan lagi. Hahaha. Stress je budak-budak ni. Lepas makan, makannnnn lagi.

Dah sudah makan, pergi tapau durian sikit nak bawak pergi apartment. Sebelum tu kami pergi ke Taman Botani Penang. Kalau pergi Penang, wajib singgah sini.  Bak kate mak aku, nak jumpe kawan monyet/beruk.

Taman Botani menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.

Aku naik tram, berhenti masuk kawasan hutan-hutan sikit. Syok la jugak. Lepas tu kalau ko malas jalan, ko tunggu je la tram datang jemput ko. Takyah kuar peluh jalan. Aku rasa kalau jalan memang kurus ko. Luas jugak kawasan dia.

Aku sertakan alamat and waktu operasi. Senang kang kut ada nak rujuk.

Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 8pm)
Waktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am – 1230pm, 2pm – 430pm), Sabtu dan Ahad (930am – 1230pm, 2pm – 6pm)

Harga tiket: PERCUMA



Sudah beriadah di Taman Botani, zass ke Fort Cornwallis. Bukan apo, kat situ selain ko nak tengok hasil peninggalan sejarah, ko jugak nak mengisi perut dengan mee sotong Hameed. Tapi sedihnya, beratuq punya panjang. Tak rela aku nak melenguhkan kaki aku beratuq. Last-last kami pergi gerai sebelah, order coconut shake. Hehehe. Jadi laaa. Pekena air sudah. Budak-budak dah tak sabar nak pergi apartment. Nasib ada buaian ni. Bleh la bagi dorang leka kejap.

Apartment aku review lain ek. Tapi memang puas hati laa. Sampai letak beg, semua zikir nak pergi kolam. Kolam apartment takde untuk budak. So memang dalam laa. Aku memang takmau berendam pun. Aku jadi tukang pegang towel and teman je laaa. Bak kate budak-budak ni, sejukkkkkk. Kejap je budak-budak ni berendam Mana taknya kolam dok atas langit. Memang laa sejukkkk.

Malam, bila semua dah ada, masing-masing nak makan nan cis and beriani claypot. Aku dah lupa yang ni dekat mana. Tapi yang ni dekat dengan mall yang pastinya. Kapitan restaurant aku tak sure ada berapa branch. 1st day aku makan yang dekat Lebuh Chulia, yang ni dekat mall. Ku sudah lupaaa. Harap ampun.

Makan masing-masing tak hinggat. Sorang satu roti nan. Itu pun tak cukup, nak order lagi habis sudahhhhh. Sedap memang sedap. Tapi bila berita keluar kate kotoq, haishhhhhhh. Teringat-ingat apa ko makan malam tu. Selesai makan, tawaf mall dulu sebelum balik. 

Malam ni kena tidoq awal, sebab esok nak buat banyak aktiviti dekat Penang Escape Theme Park. Yang tu aku cerita dekat entry lain ok.

Thursday, February 21, 2013

Penang-2

Tak habis lagi cerita penang. Still hari pertama. Dah dapat masuk hotel, rehat-rehat kejap, moh la kita ke Bukit Bendera. Huhuhu. Aku agak teruja nak naik Bukit Bendera sebabnya dah lama tak jejak kaki kat sini kan. So nak tengok la ape perubahan yang ada kat Bukit Bendera ni.

Macam biasa la, orang ramai kan. Beratur setengah jam nak beli tiket. Beratur 10 minit nak naik train. Nasib la train dah baru. Kalau train lama hazab la. Ko tengok gambo kat bawah ni, penuh kan. Guard yang jaga suruh gak masuk. Berdiri la aku anak beranak. Yang aku tak suka tu, orang yang duduk tu, ada inisiatif nak bangun and bagi orang-orang tua duduk, orang yang pegang baby, budak-budak kecik. Fuhhh!!!..sabo..sabo..

Penuh train nak ke Bukit Bendera

Gambo dalam train lagi

Sarah berdiri..nasib la ek..last-last aku dukung. Merasa lah sakit pinggang dukung budak debab ni.

Syafiq pun sama


Kesian bapak budak ni. Kena dukung anak dia. Ada sorang pakcik ni bangun and suruh duduk. Tapi aku rasa dia pun tak sampai hati nak duduk sbb pakcik tu pun dah tua. Rasanya dalam bape minit dah sampai..Yieehaaa!!!

Ape lagi..jalan-jalan buang masa




Sarah nak berlari..berlari saja kerjanya

Time balik kiteorang beratur depan skali. Tujuannye nak dok depan. Boleh tengok permandangan masa nak turun. layan gambo je la ek.. Malas dah nak taip.








Yeah..habis dah day 1. Cerita makan tak buat lagi. Nanti-nanti la ek. Korang layan gambo dulu.

Friday, February 15, 2013

Penang-1

Cerita cuti Thaipusam bulan lepas. Gila gigih nak cerita jugak. Mula-mula takde plan nak cuti-cuti Malaysia. Tapikan aku mana boleh kalau dok bertapa kat rumah lama-lama. Mau beku kepala otak aku ni. So bertanya la si isteri kepada si suami, mana mau pergi cuti ni. Si suami mencadangkan pergi ke PENANG. 

Bagus. Aku dah lama gila tak jejak kaki kat Penang. Last pergi masa Syafiq setahun. Hubby suruh plan ape nak buat and mana nak makan. Fuhh, makan tu. Heaven. Macam biasa, kami kalau jalan-jalan sure gerak awal-awal pagi. Tujuannye supaya sampai awal and masa yang ada banyak untuk pergi jalan-jalan. Sampai tengahari. Ape lagi, naik feri la. Anak-anak ku jakun. Semua tak penah naik. Yang sorang sama macam ibu dia, pening-pening lalat. Yang lagi sorang dok la zikir, takut..takut.

  



 Dah nama laki kerja port, takde benda lain dia nak ambik selain gambo ni.

 Sarah takut ngan patung ni. 

 Feri


  Sarah

Syafiq
Disebabkan awal lagi nak pergi hotel, we all decide nak pergi makan mee sotong. Mula-mula ingatkan tak buka, rupa-rupanya dia bukak lambat. Hubbyku cakap kena makan hari ni je sebab esok kedai tutup, Kang melepas nak merasa makan mee sotong.

 
 Mee Udangku



Thursday, December 10, 2009

Penang-Part 3

Sambung lagi..lepas dh dok lepak2 kat empangan "tak tahu nama" sbb x ingat..perjalanan diteruskan ke Butterfly Park..sampai2 je terus cari toilet..dh melepaskan semua hajat..pi la beli tiket n masuk..budak2 ni mula2 suka la..dok kejar2..lama2 semua takut..si papik pn takut n si eshah sampai dh nangis2 takut..hahahha..

Papik n babah kat entrance

Kalu dah budak2 takut..ape lagi kan..kena dukung la..si papik babahnye yang dukung..si eshah plak gilir la..jap mama..jap aboh..last2 dok dlm stroller n tutup sbb xnak butterfly masuk..hahahah..lawok2..

Si papik yang tgk2 je butterfly..ble suruh pegang..jangan harap la.."akut".."akut"..tu je yang keluar dari mulut dia..kat sini ramai jugak orangnye..n semuanye sibuk nak pegang n amik gambo..aku..aku tgk2 n snap je la skit2..korang tgk gambo je la ek..malas aku nak citer/tulis..:)

aku..

babah yang kunon2 nye pegang rama-rama

Aku n baby

Dah habiskan masa kat butterfly park..perut semua dh berbunyi lapo..so ape lagi..misi mencari nasik kandar line clear..hahahah...disebabkan aku n hubby yang ada peta..so kteorang la yang jadi leadnye..kebetulan nak ke sana terlalu kat muzium toys ni..ape lagi..singgah la..masa ni papik tdo n aboh pn mls nak masuk..so aboh tunggu kat luar..yang lain masuk..tiket bagi kau mahal gak la..toys kat dlm ni byk jugak..dok sini pn x lama..lepas amik gambo kuar n cari makan..

Depan entrance toys muzium-papik tdo..

lanun..hahaha..ada gambo aku ngan lanun ni..tapi kat camera adik aku plak..


ape ntah nama budak ni..lupo plak..


p/s: tunggu entry seterusnye-ada review psal line clear nasi kandar..