Showing posts with label Sarah Eizzaty. Show all posts
Showing posts with label Sarah Eizzaty. Show all posts

Tuesday, December 5, 2017

Happy birthday Sarah

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happyyyyy birthdayyyy to Sarahhhhhh
Happyyyyy Birthdayyyyyy to youuuuuu

Happy birthday Sarah. Semoga menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, sihat sentiasa and yang paling penting sila laaa kurangkan nangis and manjaaaaa tu. 
Ibu, babah and abang love youuuuuu.





Wednesday, September 10, 2014

WW-22

Sarah dulu vs sekarang.



"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"











Thursday, December 27, 2012

Rezeki di pagi hari

Sarah budak pembawa rezeki. Budak ni semua geram dekat dia. Dah la gemuk, bam-bam plak tu. Takde la gemuk and bam-bam sangat, tapi bagi aku kira gemuks la sebab syafiq dulu masa 2 tahun berat mana sampai 10 kilo. Budak ni 2 tahun dah 11 kilo.

Pagi ni sebelum pergi ofis, singgah makan dekat Azura. Syafiq and Sarah tido lagi, so angkut je dalam kereta. Sampai, makan cepat-cepat sebab nak pergi ofis. Nak balik tu ada sorang pakcik dok lambai-lambai kat Sarah. Budak ni mana nak dekat orang. Pakcik tu try lagi nak pancing Sarah, bukak wallet bagi RM1. Sarah buat tak heran. Bila lalu sebelah pakcik tu, dia pun hulurlah RM1 tu, dengan muka tak malu Sarah ambik. Aku suruh dia salam, haremmm dia taknak. Aku dah naik segan, cakap terima kasih and blah.

Dalam kereta dia dok kibar-kibar duit RM1 tu. Maybe dalam hati bangga pagi-pagi dah dapat RM1. huhuhu.



Wednesday, December 5, 2012

Happy Birthday Sarah


Happy birthday anak ibu Sarah Eizzaty. Ibu harap sarah sihat selalu, murah rezeki, panjang umur dan happy selalu. Ibu, Babah and abang Afiq sayang sarah banyak-banyak.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 2. Muahsssss.



Thursday, November 1, 2012

Sarah

Budak yang suka cakap, makan and nyanyi


Sarah demam, batuk and cirit birit. Batuk dah nak dekat seminggu tak baik-baik. Ubat dah tukar 2 kali. Dia pun macam tak selesa mana sebab tak sihat. Ibu dia macam zombie. Malam tidor-tidor ayam. Kejap-kejap budak ni nangis sebab batuk. 

Ya allah, sembuhkanlah anakku. Berikanlan kesihatan yang baik pada anak-anakku. Jauhkan anak-anakku dari penyakit berbahaya. Aminn.

Ibu rindu nak tengok sarah sihat. Suara tak serak, tak batuk, makan banyak, nyanyi and banyak cakap. Cepat la sihat sarahhhh!!!.



Tuesday, September 25, 2012

Sarah Sudah Besar..Yeah!!

Fuh..fuh..bersawang lagi blog ni. Aku rasalakan..lama-lama aku tutup jugak blog ni. Asal nak update internet macam siput sedut. Internet dah ok..askar 2 orang pulak nak guna laptop. Dah tu macam mana aku nak update. Tahun ni 10 entry pun tak sampai lagi. Cerita berlambak-lambak nak buat. Haish!!

Hari ni cerita pasal Sarah la dulu. Esok lusa pasal Syafiq. Pastu pasal babah pulak. Last sekali baru pasal ibu. Cerita budak kenit ni pulak, sekarang dah 1 thn 9 bulan. Berat dah 10 kilo. Ko dukung sekarang berat weii..itu sebab aku suruh jugak laki aku beli stoller lagi satu. Patah pinggang kalau nak berdukung je. Lilit kepala & panjang still sama, takde peningkatan pun..sama aje. Kata Dr. ye..bukan aku yg kata.


 


Budak ni sekarang suka cakap, cakap manjang. Sarah ni sangat garang. Takat gaduh ngan abang dia..rilek je.Macam takde hal. Abg dia pulak yang mengadu domba. Ayat yang keluar dari mulut dia pun dah panjang. Selalu kalau nampak aku ayat yang keluar:
"Ibu nak ikut"
"Ibu nak shushu"
"Ibu nak ido"
"yeh..yeh..babah alik"
& banyak lagi lagi la.
 

Naik kereta nyanyi & selawat. Setakat lagu tepuk amai-amai, ikan kekek, tu memang kesukaan la tu. Pandai pegang pencil and dah pandai conteng-conteng jugak. Ape lagi ek. Banyakla perkembangan budak kenit ni. Rasa rugi tak update dalam blog. Patutnye aku tulis je dalam blog kan. Nak buat macam mana nak oii!!. Ibu nye malas macam apa. Nak bukak and update blog pun malas yang amat. Bertambah lagi dengan internet yang slow segala. Gambar yang tak transfer lagi dari camera. Macam-macam la.

 


Takpe Sarah..ibu berjanji hangat-hangat taik ayam untuk update blog secara tetap. Hehehe..

Tu je la kut update untuk si kenit yang tak kenit mana. Kalau ada yang teringat aku update lagi.





Monday, September 3, 2012

Sarah Budak Bucuk





Budak ni dah 1 tahun 8 bulan.
Dah pandai macam-macam.
Pandai kira dari one smp ten
Dah pandai nyanyi.
Ni aku tempek sarah nyanyi.

Sila la tadah telinga dengar ye.


Tuesday, December 13, 2011

Happy Belated Birthday Sayang


Sarah Eizzaty sudah setahun.
5.12.2010 birthday budak kecik ni.
Ada sambut ke tak besday cik Puan ni.
Buat masa ni belum.
Tapi maybe nak buat jugak kecik2.
Panggil family sajo.
Cukup la.

Ape perkembangan budak kecik ni.
Sudah merangkak.
Jalan tak lagi.
Gigi ada 2 batang.
Berat 8.5 kilo.
Dr bilang beratnya cukup2 makan.
Adeh..nak bagi makan bubur dia taknak.
Nak makan nasik.
Macam gigi dah banyak.

Mulut mcm bertih jagung.
Cakapppp terberhenti.
Suka tiru ape yang orang buat.
Suka jerit.
Suka kacau abang Apit.
Nangis No. 1

Tu je la buat masa sekarang.

Sekarang kalau hala kamera.
Ko kira 1 2 3
Dia buat muka macam ni

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Mulut ternganga..hidung dikembangkan..baru cantikkkk...


Sarah Eizzaty
Happy Belated Birthday.
Ibu, Babah n Abg Apit doakan Sarah sihat selalu.
Panjang Umur.
Murah Rezeki.
Jadi anak yg solehah.
Anak yang cerdik.

Muahhhhhssss!!!!!


Monday, February 14, 2011

Sarah @ 2 months Old

Tuan punya badan dah berumur 2 bulan lebih..mari kita tengok apa yang Sarah dah pandai buat..jeng..jeng..

-berat dah 4.8kg
-sudah pandai menegur2 orang
-sudah pandai n alert dengan persekitaran dia..aku rasa dia suka tengok kipas..pastu mulut pokpetpokpet cakap..
-sudah pandai main air liur..gugur rambut aku
-pandai nangis..nak susu nangis..nak tido nangis..pas berak nangis..
-mlm 2-3 kali bangun susu..time biasa dia bangun 2.30 pagi sampai la 5 pagi baru tido
-susu dah 3oz..tu pun tak cukup almaklum susu aku sikit..so dia dh minum FM banyak dr sebelumnya
-suka berdukung..bkn aku yg ajor..maid aku yg dok dukung sgt si sarah ni..

tu je kut..kang ada lagi aku update

p/s: bln depan enjek lagi..mintak2 la x demam


Tuesday, February 1, 2011

Breastfeeding

Masa aku dapat tau aku pregnant aku dah decide nak breastfeed anak aku..aku taknak jadi macam syafiq..sian dia..dapat breastfeed 2 minggu je..pastu dari 3 bulan sampai la ke 2 tahun..tiap2 bulan pergi klinik..demam manjang..kalau tak demam batuk selsema..paling haru sekali bila suspek H1N1..masa dengar tu gelap gak dunia aku masa tu kan vaksin H1N1 takde lagi..dah tu asyik la dengor sapa kena H1N1 sure tenat & meninggal..masa tu aku nangis la..bila lama2 baru aku ok skit..

Disebabkan semua tu aku taknak Sarah jadi macam abang dia..aku nak usaha sampai aku boleh BF Sarah selama yang boleh..so langkah pertama lepas bersalin aku kena nyusukan si Sarah ni..tapi aku tak larat..so hari ke 2 baru aku nyusukan dia..

Masa tu susu sikit sangat..setiap jam mesti dia nangis nak susu..masa ni memang mencabar..bila dah hari ke 3 & 4 baru susu banyak sikit masa ni aku dah stat nak pum susu..konon2nye nak simpan la..bila pum x penah la dapat 1 oz..sedih aku tengok..aku bagi je si Sarah ni isap..tapi dalam sehari mesti kena campur ngan susu formula sebab tak cukup..paling banyak aku bagi dia 2oz susu formula

Bila dah 2 minggu pam susu macam tu jugak (x cecah 1oz pun) aku dah bengang..so aku suruh hubby pegi beli longan & kurma merah..Dalam pantang aku dah makan sawi & lobak putih banyak2..tapi gitu jugak susu aku..last2 aku suruh laki aku pegi beli benda alah tu rebus & minum..2-3 jam lepas tu bukan susu banyak..tapi aku yang migrain minum menda tu..badan aku panas je..2-3 hari jugak aku try minum mana tau kut2 baru nak sesuaikan ngan badan..tapi sama gak..migrain je lepas minum..last2 stop minum longan ngan kurma merah

Sekali perah dapat 3oz..kira ok la tu

Dah tak boleh makan benda alah 2 tu..aku minum soya pulak..kalau korang nak tau aku minum milo & horlick hari2..konon2nye nak byk susu pas minum soya boleh tahan la..tapi bila pam sama gak..x sampai 1oz sbb guna pam manual..aku pun buat la pelaburan..beli pam yg ok skit..guna pam ni dapat la 2oz..ok la kan..10 minit 2oz..suka aku walaupun x banyak macam orang lain..aku still top up si Sarah ngan susu formula sehari sekali..sebab tak cukup..sampai la 1 bulan 2 minggu..susu aku kalau pam mesti dapat 2 oz je mana tahan gitu kan..

Aku tempek la kat FB status aku macam mana nak banyakkan susu..macam2 dorang bg cadangan..so aku ambik salah satu la kan..aku try pulak Fenugreek chocolate milk..aku p beli kat watson..masa minum tu takde la rasa ape2..so esok tu aku pam dapatla 3oz dalam 5-6 minit pam..hehehe..sukanye hati aku..pastu aku minum je la menda ni..nak tengok dalam 2 minggu ni macam mana sebab paling banyak aku dapat 4oz..kalau boleh dapat 6oz sekali pam aku dah puas hati..boleh aku stop bagi susu formula kat Sarah

Hasil perahan terkini..4oz sekali perah

Tu la cerita perjalanan aku BF Sarah..aku harap la kan aku dapat BF dia selama yang boleh..paling kejap pun bg la sampai dia 6 bln biar dia jadi sihat selalu..aku tau semua tu datang dari Allah..tak semestinya BF anak ko sihat selalu kan..tapi sekurang2nya aku usaha supaya dia sihat dengan bagi susu aku..insyaallah..usaha untuk BF Sarah akan diteruskan sehingga yang termampu..

Stok susu yang ada

p/s: kalau ada lain2 cadangan bolehla kabarkan pada aku..aku rasa tetek aku makin besor la..hmm..aset beb..


Thursday, January 27, 2011

Sudah Dapat

Ingat tak entry ini ..sebetulnya aku dah dapatkan Medela FS ni 2 minggu lepas aku bersalin
Aku tak tahan nak guna manual pam
Menguji tahap keimanan aku sungguh la guna pam manual
Mulut aku ni ringan nak maki diri sendiri sebab susu takde
Masa guna pam manual ..jangan kate 1oz..nak tutup dasar botol pun susah
Tu dah pam 2 breast sekali
kalau 1 breast mau baper titik jer..
Masa tu aku dah malas nak BF dah
Tapi mengenangkan si Sarah
Aku kuatkan semangat & bagitau hubby aku nak beli pam letrik

Asalnya nak beli la pam murah2
Takat nak test memang betul aku ada susu or tak
survey punya survey..harga lebih kurang
Mula2 aku nak beli Spectra..
Cukup la takat nak pam je kan..
Pas laki aku review pasal Spectra
Terus dia bagi aku aku beli Medela FS
Ikutkan dia tak setuju sangat aku beli pam ni..sebabnye mahal skit

Tapikan medela FS ni memang aku puas hati la guna
Padan la dengan harga dia kan
Walaupun dapat 2-3oz sekali pam
Sekurang2nye takde la aku makan hati
Pam 1/2 jam...jangan kate 1oz..nak tutup dasar botol pun tak tentu
Kalau guna medela FS ni..10 minit kompem dapat 2-3oz
Itu pun aku dah puas hati

Aku harap biar la susu aku ni kuar banyak sikit
Jeles plak aku tgk orang lain
Sekali pam boleh dapat 8-10oz
Ape2 pun aku bersyukur sebab aku dapat la BF Sarah lama sikit

p/s: ada ape2 petua tambahkan susu..sila la share dengan aku..




Friday, December 24, 2010

Selamat Sudaa!!!

Meh la sini aku story mory skit pasal pengalaman aku bersalin kali ni..Pengalaman ni berbeza skit dari bersalin si papik..yang ini mencabar fizikal, mental & emosi aku..heheheh..

Ahad 5.12.2010 pagi- aku dah rasa sakit2 dalam 1/2 jam skali..sakitnye bleh tahan la..tegang gile perut aku..hari tu jugak MIL aku ada buat makan-makan pagi..so berangkat la aku anak beranak ke puchong..mak aku ckp jgn bsalin dlm perjalanan dah..aku cuma senyum n kate x mungkin sbb kalau dah sakit kerap sangat aku akan balik secepat mungkin..

Kat rumah MIL sakit dah jadi 15 minit skali..aku makan pagi tu sikit je..xde selera sebab perut menegang sangat

1.00 t.hari- aku dah rasa sakit makin kerap..masa ni aku dah ajak laki aku balik..tapi xde la aku kabarkan kat dia sakit makin kerap..aku buat diam jer n sambil tu dok tahan sakit..on the way nak balik sempat la aku suruh laki aku beli cendol dengan rojak mamak..rasa nak makan sangat2..masa tunggu mamak tu bungkus..sakit dah makin kerap..sampai rumah dok kejap..pastu ambik pinggan & cawan..melantak tak henggat..heheheh..dok terbayang hari ni sure bersalin..

2.30 ptg-dah abis makan..baring2..masa ni sakit dah 10 minit skali..laki aku ajak g hospital..tapi aku taknak..selagi bleh tahan aku nak tahan..aku dah terbayang kut2 sakit mcm ni bukak dah 5cm ke..kalau betul ok la..kut2 baru 1cm..masak aku nak dok kat ward..dalam kul 3 air ketuban aku pecah..masa nak pecah tu aku dok tahan sakit..tiba2 dengar bunyi "pop"..pastu terus rasa air..perkataan pertama keluar dari mulut aku.."ohoh..air ketuban dah pecah.."..air ketuban dok keluar jer..aku pakai pad pun lencun gak..aku xnak pakai kain batik..so aku gigih gak pakai seluar g hospital

3.00 ptg- g azzahrah..terus naik tingkat 2..nurse suruh duduk dulu..aku kate xleh sbb ketuban keluar..pastu dia suruh masuk bilik nak check cik V and pasang CTG..pas dah check dia cakap dlm 10 minit 2 kali aku sakit & bukaan baru 3cm..3CM ko..alosss...lama lagi aku nak menunggu beb..so dia call dr and dr suruh warded..dok la aku kat ward..


masih bleh senyum walaupun masa ni sakit perut yang amat..tgh buat CTG

3.30-5.00 ptg- aku dah ada kat wad masa ni..1/2 jam pas tu nurse dtg bg ubat berak..terus zass ke toilet..berak..masa ni aku bleh tahan lagi sakit..dah nak dekat kul 5 aku rasa macam nak teran..aku try tahan sbb takut belum bukak lagi..lagi tahan lagi sakit..nak tak nak suruh la laki aku panggil nurse..kena la seluk lagi cik V aku..baru bukak 5cm..adoiiiyaa...baru 5cm..

Nurse suruh tolak aku p labor room..dok la aku kat situ..dia tanye gak nak ubat ke tak..tapi aku takmau..selagi aku bleh tahan aku tahan..

6.00-7.30- Masa ni aku dah tak tahan..sakit bukan kepalang..rasanye dlm kul 7 cik V aku diseluk lagi..bidan cakap dah 9cm tapi kepala baby tinggi..dia suruh aku teran..macam mana aku nak teran..tangan dia dok dlm cik V aku..sakit wooo..aku cakap aku tak leh teran..sakit sbb tangan ada dalam.pastu bidan kata dah 10cm..tapi kepala tinggi lagi..dia suruh je aku teran sambil dia dok siap2kan aku nak bsalin..teran la aku berkali2..nak terberak aku sampai aku konpius aku nak berak ke nak beranak..sbb x rasa baby nak kuar kat cik V..rasa nk kuar kat vontot..ropa2nye dah terberak..sian dorang..kena bersihkan..aku pelik sebab aku dah berak tadi..hmmm..xpe la kan..

pastu aku rasa macam pedih kat cik V..ropa2nye dr dah gunting..tiba2 rasa nak meneran dengan gilanye..aku pun teran..dalam labor room..dr & nurse suruh teran sampai kepala keluar..aku rasa dah mcm kepala nak keluar..tapi tak cukup nafas..kali kedua kepala keluar..kali ketiga bahu keluar..pastu lega selega-leganye..hilang semua rasa sakit aku..

Dr letak baby atas dada aku..alhamdullilah..semua sempurna & sihat walafiat..tiba masanye dr besihkan aku n JAHIT..tang jahit awal2 aku suruh bius..dr bius n aku tak rasa kena jahit..rasa la dr buat ape..tapi tak rasa sakit..aku tanye banyak ke kena jahit..dia kate sikit je..bagus ler..pas siap jahit..aku cakap sakit perut..dr kate uri nak kuar..pas uri kuar..aku dah lega sbb semua dh selesai..akhirnye...

Baby masa ni nurse tengah bersihkan..siap semua bagi hubby aku utk iqamat..gembira aku semua selamat.


baby sarah beberapa minit lepas dilahirkan

aku lupa nak tanye dr awat letak dia dalam ni..


Masa dok menunggu nak dihantar ke wad..aku cakap kat dr perut aku still sakit..dia pun cakap maybe rengat..adoii la..malam tu pas telan pain killer..ingatkan ilang la sakit tu...hampess..takdonye..dah malam tu aku susah nak tido sebab sakit..3-4 hari gak la nak hilangkan sakit rengat ni..

ok sekian cerita bersalin aku..aku rasa aku tutup kedai dulu la kut..nak ngandung lagi..tunggu aku sedia mental & fizikal..hehehe



Thursday, December 23, 2010

Mau Kenal Dengan Anak Dara I....

Mau kenal dengan anak dara En Shahril & wife terchenta (aku le tu..:) yang terbaru..jeng..jeng..jeng..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Sarah Eizzaty Shahril
05.12.2010
3.06kg
Az-Zahrah, B.B.Bangi


p/s: masa lahir muka mcm atok..now dah lain wei..nanti aku tempek gambar baru budak ni..