Showing posts with label Me Myself. Show all posts
Showing posts with label Me Myself. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Dahulu vs Sekarang


Dulu vs sekarang. Kalau di lihat dari segi rupa paras takde bezanya. Cuma dulu kenit sekarang sudah big big women. Lemak melimpah ruah. Syukur dengan rezeki yang allah bagi. Hehe. Saja je aku letak gambar masa kecik. Patutnya letak gambar dari baby, tapi gambo tu takde dalam external HD aku. Nanti aku update balik bila ek.

Masa ni rasanya sekolah rendah kut
cun tak saya masa ni..hehe

3 beradik

bam-bam nye aku..sekrang pun masih sama

masa besday yang ke 5 tahun

teka aku yang mana




VS


Sekarang..:)


tahun 2010
tahun 2012

tahun 2012-masa raya hari tu

Badan makin besar and berat. Bila masa ntah nak diet and kurus ni. Letih-letih dengan badan sendiri.

Ok, itu ajer..

Thursday, December 15, 2011

Novel

Lately ni suka baca novel.
Tak kisah sapa penulisnya.
Dulu suka Nurhayati Ibrahim.

2 3 bulan lepas try beli novel dia.
Dah tak leh masuk dengan cara penulisan dia.
Aku baca novel untuk release tensen.
Tapi kadang2 aku yang tensen.
Baca novel pun boleh nangis2.
Menghayati gile beb.

Siap boleh bayangkan Hero macam mana.
Dialog yang aku baca macam terdengar2 kat telinga aku.
Cetttt.

So itu je la koleksi novel yang ada.
Ada yang tak abis baca lagi.
Ada yang dalam plastik lagi.
Ada yang separuh jalan & simpan xtau bila nak baca.

Sekarang lagi tak sempat.
BZ nak closing lagi.
BZ nak audit lagi.
Adehhhhhh.

Walaupun tak ada masa nak baca,
Tapi aku suka beli sebab bila ada masa terluang nanti ada buku yang boleh di baca.
So selalu aku peruntukkan RM100 la utk novel.
Tak kisah la sebulan sekali or 2 bulan sekali.
Agak2 stok buku dah abis..aku pergi la terjah MPH.

OK..chow dulu..Itu aje mau cerite.



Friday, April 29, 2011

Cari kerja..cari kerja..

Korang ingat tak entry ini.
Bila dah selesai semuanye boleh la aku cerita kat sini.

Masa aku dah nak dekat bersalin dah dengar cerita ini.
Macam-macam verion yang aku dengar.
company nak bankrap la. Takde duit la.
Semua staff kontrak tak disambung la.
Tapi aku buat tak tahu je sebabnya BOS tak cakap ape-ape.

Bila aku naik kerja bulan 2. Bos datang kat bilik.
Bagitau la ape jadi & offer kat aku pigi KL.
Dengar nak kena pergi KL. Aku nak pitam.
Malas okeh. Nak harung jam segala.
Nak kena kuar rumah pagi-pagi buta.
Nak kena bayar toll & parking lagi.
Gila kedekut aku ni.

So bila dah takde hati nak kerja KL.
Apa lagi. Calling2 la sesape yang tahu lobang kerja.
Nasib la ada "Future SIL" shyra.
Dia la bagitau ada kosong kat tempat tu.
Aku apa lagi update resume. Pergi ambik gambo.

Tak silap lepas 2 minggu hantar resume.
Pergi interview & 3 week lepas tu dapat offer.
Dalam masa 3 weeks tu aku pergi gak interview tempat lain.
Mana tau ada rezeki kan.

Bila dah dapat offer letter rasa lega sangat.
Sebabnye aku taknak tanam anggur.
Taknak dok umah. Aku dah biasa kerja & ada duit sendiri.
Kang kalau tak kerja takleh la belanja sesuka hati.
Hahahahahah.

Now masa entry ni ditulis.
Khamis ni aku last company lama.
Rasa happy sebab nak ke tempat baru.
Yang malasnye nak kena mula balik.
Kena kenal balik ngan rakan2 lain.
Kena belajar balik accounting software.
Adehhh..tu yang malas.

Aku mintak-mintak semua ok di sana.
Hopefully aku leh la tahan dengan karenah manusia2 yang ada kat sana.
Aminnnnnn!!!


Tuesday, March 29, 2011

Kapur Kasut

Result SPM kuar 2-3 hari lepas.
Macam mana korang rasa masa ambik result tu.
Kalau cerita pasal aku masa SPM.
Hmmm...berdebar ko
.

Ok..masa exam SPM mak aku yang hantar & ambik aku kat sekolah
.
Alasannye taknak aku pening kepala masa jawab exam
.
Selama aku sekolah parents aku tak pernah hantar & ambik
.
Semua kaki yang buat kerja.
Sekolah dengan rumah dalam 15 minit gak la.

Aku jawab macam biasa la kan
.
Betul salah belakang kira.
Tapi sakit hati okey
.
Asal abis exam jumpe member & bincang2.
Masa tu mula la..ala aku tak jawab tu..aku jawab ni.
Dah gelabah gila
.
Takut gagal
.
Yang paling aku tak lupa Add Math
.
Aku memang malas gila weiii
.
Sekolah dulu form 5 pun boleh ponteng lagi.
Kerja sekolah Add Math selalu aku tiru jer.
So masa exam terkebil-kebil tengok soalan
.
Soalan no 1 aku dah tak tau jawab
ape.
Sudahnye aku salin balik soalan tu
.
Hahahahaha..

Sampai aku kena gelak dengan penjaga exam tu
.
Punya la bingai..suruh belajar ponteng.

So masa nak ambik result exam tu berdebar-debar la ko
.
Kang kalau gagal kena kawin marah.
Beratur la kat kantin ambik result
.
Budak yang paling nakai kat sekolah pun dpt Pangkat 1
.
Aku dh tak keruan
.
Aku no 2
.
Budak depan aku cuak gak
.
Aku tengok cikgu dok selak-selak
.
Aku nampak la pangkat 2
.
Nak nangis okey!!!!!!!!!!!!!.
Rupa-rupanye result tu utk budak depan aku
.
Nasibbbbbbbbbbbbbbb Baikkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.
Tiba giliran aku
.
Cikgu cakap.
"Awak dapat pangkat 2" dengan senyum2 kambing lak tu.
Cuak okehhhhhhhhhhhh.
Bila dia bagi slip aku mcm nak melompat.
Nasib baik pangkat 1
.
Tapi Add Math korang tau dapat berapa.
P7..sikit lagi nak gagal wehhhh.

Tu la pengalaman aku.
Apa motip aku letak tajuk tu
.
Entah..takde idea nak letak ape.
Bantai saja la Labuuuu!!!!!
.



Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah


Setelah berhempas pulas berusaha.
Dalam masa sebulan pergi sana sini.
Keputusan di buat tetap dan teguh.
Segalanye demi diri sendiri & keluarga.

Alhamdulliah semua telah selamat.
Doa dimakbulkan.
Akan ditulis dalam entry akan datang bila segala-galanya selesai.
Alhamdulillah.



Monday, January 31, 2011

Saya Suka Abang Nuar



Salah satu lagu abang nuar yang aku suka
Kalau dulu zaman2 kat U dulu
Asal aku cakap aku minat kat abg nuar ni
Sure aku kena kutuk kaw2 punya
Aku tak tau la ape pasal kawan2 aku tak suka sgt ngan abg nuar ni

Bagi aku ok jer..aku ada semua album dia kecuali yg kompilasi
Semua lagu2 dalam album dia aku suka
Mungkin kawan2 aku tk suka sebab jenis lagu dia kut
Or mungkin perwatakan dia
Aku tak sure
Tapi yang aku pasti..aku memang minat mamat sorang ni
Muka ensem, nyanyi sedap

Bila la aku boleh pegi tgk show dia
Tak silap aku thn lepas dia ada buat
Tapi aku pregnant & alasan yang paling kukuh aku tak pegi sebab
TAKDAK SAPA NAK SPONSER AKU TIKET
Hahaha..kut tahun ni dia buat
sila la bagi 1 tiket free kat peminat hang ni
Aku nak p tengok dia nyanyi & sambil2 tu cium pipi ambik gambo dia..

p/s: bila hang nak kawin abg nuar oiii

video tu dr you-tube


Friday, January 28, 2011

Kata Bibik Aku Masak Sedap

Untuk pengetahuan kawan2 semua..aku ni memang tak tau masak..
Jangan kate masak jer..ngan rasa2 sekali aku tak reti okeh..
Kalu orang tanye aku sedap ke tak..gerenti aku akan kate sedap or buleh la..
Kecuali memang tak sedap & tak mampu aku nak telan
Yang tu konpem aku akan kate tak sedap

Disebabkan aku dalam pantang & masih bercuti
Maka aku telah bertapa di rumah aku di SA ( Selama ni aku dok ngan parent)
Disebabkan dah dok ngan laki aku
Harus la kerja2 masak memasak akan dijalankan
So lauk yang akan dimasak adalah lauk yang sama
Tak sambal tulur, ayam/ikan masak kicap, sup sayur, kangkung belacan,telur dadar,sambal udang
Itu la lauk yang akan diulang2

Pada satu malam bibik telah bersuara
"Kak erna masak sedap..kenapa di rumah mama kak erna tak masak"
Ya ampun bibik ku
Adakah lidah kamu dapat rasa masakan aku itu sedap atau tidak
Awat aku makan rasa tak sedap
Walaupun aku masak tak sedap..tapi aku akan pastikan
Depa semua habiskan jugak makanan itu
Tak baik membazir..
Bukan aku takmo masak kat rumah mama
Tapi aboh dah penah komen aku masak tak sedap
Lepas dari tu malas dah aku nak masak
Tugas masak memasak aku bg je kat mama

Nanti ada masa aku ambik gambo ape yg aku masak
Nak kena beli pinggan lauk yg chantek & warna putih
Baru lauk yan dimasak nampak menyelerakan walaupun tak sedap
Tak kisah la labu..makan jerrr..

p/s: korang rasa ape aku jawab kat bibik..(aku senyum je kat dia dengan buntut yg semakin mengembang sbb bangga org kate aku masak sedap)





Thursday, January 27, 2011

Sudah Dapat

Ingat tak entry ini ..sebetulnya aku dah dapatkan Medela FS ni 2 minggu lepas aku bersalin
Aku tak tahan nak guna manual pam
Menguji tahap keimanan aku sungguh la guna pam manual
Mulut aku ni ringan nak maki diri sendiri sebab susu takde
Masa guna pam manual ..jangan kate 1oz..nak tutup dasar botol pun susah
Tu dah pam 2 breast sekali
kalau 1 breast mau baper titik jer..
Masa tu aku dah malas nak BF dah
Tapi mengenangkan si Sarah
Aku kuatkan semangat & bagitau hubby aku nak beli pam letrik

Asalnya nak beli la pam murah2
Takat nak test memang betul aku ada susu or tak
survey punya survey..harga lebih kurang
Mula2 aku nak beli Spectra..
Cukup la takat nak pam je kan..
Pas laki aku review pasal Spectra
Terus dia bagi aku aku beli Medela FS
Ikutkan dia tak setuju sangat aku beli pam ni..sebabnye mahal skit

Tapikan medela FS ni memang aku puas hati la guna
Padan la dengan harga dia kan
Walaupun dapat 2-3oz sekali pam
Sekurang2nye takde la aku makan hati
Pam 1/2 jam...jangan kate 1oz..nak tutup dasar botol pun tak tentu
Kalau guna medela FS ni..10 minit kompem dapat 2-3oz
Itu pun aku dah puas hati

Aku harap biar la susu aku ni kuar banyak sikit
Jeles plak aku tgk orang lain
Sekali pam boleh dapat 8-10oz
Ape2 pun aku bersyukur sebab aku dapat la BF Sarah lama sikit

p/s: ada ape2 petua tambahkan susu..sila la share dengan aku..




Monday, January 24, 2011

Azam 2011

Sebelum aku kabar-kabarkan azam tahun 2011..meh sini ramai-ramai kite review azam tahun 2010..adakah sudah tercapai atau masih di takuk lama..mintak2 banyak la yang tercapai..jom kite tgk sapa yang kena...

Azam 2010

1. Anak

Baby berjaya dihasilkan dan telah selamat lahir pada 5.12.2010..aminnn..azam ini terlaksana..

2. Simpan byk lagi duit


Aku rasa azam ni memang akan membawak ke azam2 ke tahun seterusnye..susah rupanye nak menabung..kalau ko bagi kat aku duit segunung..nescaya menipis la gunung duit itu.."U boros" itu kate laki aku..ceh!!!

3. Berjalan2 mkn angin-luar @ dlm negara



Alhamdulillah..tercapai juga nak ke luar negara..walaupun hanya Hong Kong ayat tak bersyukur ..entry pasal HK ni tak abis lagi..aci tak kalu aku tak abiskan..malas nak buat wehhh!!

4. Kerja di shah alam

Operasi mencari kerja di SA dibatalkan serta merta..hehehe..Operasi mencari kerja sekitar Bani, Putrajaya and sengkatan dengannye di jalankan serta merta

5. Pergi Umrah

Rasanye next year atok kesayangan aku nak g umrah..kalau aku mintak sedekah sponser kat dia..raso2nye dapek tak..ke kena buat muke kesian..

6. Jadi wife yang baik n ibu yang penyayang..chewaaahh..

Azam ini pun akan di bawa ke tahun 2011 dan seterusnye

7. Jadi Bos


Terkubur la niat tu..aku jadi queen control bos kat umah je la..

8. Kurus

Azam ni di bawa ke tahun 2011..wa target badan wa jadi mcm sblm wa kawin..uwaaa..nak kurus..

9. Beli handbag idaman hati


Harap tahun 2011 dpat la..baik aku kumpul duit beli sdri..orang kate ko guna duit ko..orang lain xleh bising and kate ape kan..ko bising..meh aku sekeh2 paler hang..

10. Notebook

Dah dapat awal tahun ni..hadiah dari Mr Hubby..Tq ye..:)

11. Kereta/Van/Lori


Disebabkan ahli keluarga akan bertambah..maka dengan ini..menteri kewangan meminta supaya berjimat-cermat untuk membeli kereta lembu sebuah kenderaan yang mampu memuatkan tuan punya kereta, 2 orang anak n seorang bibik..sekian

12. Rumah


Alhamdulillah..murah rezeki aku anak beranak..tahun 2010 dapat jugak beli rumah atas tanah..


Azam 2011

1. Semua azam yang tak terlaksana di tahun 2010 akan dibawa ke 2011
2. Berbakti pada orang tua terutamanya aboh..
3. Mencari kerja baru
4. Berhias diri utk diri aku & hubby
5. Menjadi muslim sejati-insyaallah
6. Melancong ke luar negara-Korea kalau buleh
7. Nak renovate rumah n hias cantik2
8. Nak bykkan masak n makan kat rumah

p/s-lain2 aku update bln 6 nanti..bln 6 nanti aku review entry ni balik kayyyy!!



Thursday, December 23, 2010

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAAPPYYY BIRTHDAY TOO MEEEE!!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!
WOHOOOOO!!!!



Hari jadi aku hari ini beb..tapi sayang..xleh p makan-makan sbb masih dalam kepantangan lagi..

Hadiah ape yang aku nak..hahahaha..ikut mr hubby la nak bagi ape pun (dlm hati ni nak mcm2..bleh mintak ke)..aku terima ngan tangan terbuka..chewahh..kut2 esok lusa keluar entry wishlist yang panjang sejela..hehehe..

Aku harap dengan pertambahan umur ni menjadikan aku semakin matang xdo dah rasa sentap2 ni..dapat perbaiki kerjaya+gaji aku dan lain2 termasuk jadi wife yg baik& rajin dan ibu yang kurang garang..huhuhu..

okla..choww..xdak idea dah..




Monday, October 18, 2010

Bosan

Aku sudah bosan dengan kerja aku..tapikan dengan background accounting yang aku ada..kije ape lagi yang aku nak buat..ye dak..nak bisnes..tak tau nak bisnes ape..

1. cashier

Pas abis SPM maka ayah aku suruh kije..dari melangut kat umah baik aku kije kan..kebetulan plak warta baru bukak area bangi..so ape lagi..p la mintak jadi cashier..penat weh walaupun ko dok je sehari..seminggu ko cuti sehari je..masuk pagi balik mlm..mcm buruh kasar plak aku rasa..korang teka berapa lama aku bertahan kije situ..SEBULAN..sebulan je weh..aku berenti pun sebab dia tak bagi cuti raya..ape kejadahnye aku nak kije kalau mak pak aku balik ganu masa raya kan..aku nak dok ngan sapa..sapa plak nak antar aku p kije..dapat je gaji..aku terus cabut..

2. Auditor

Kerja ke dua aku, tahun 2002 aku praktikal kat firm ni..pastu terus mintak kije situ..lama la aku bertahan kat sini..walaupun kerja teruk gaji ciput..kalau pk ilmu ko dapat..kira halal je la..dari audit assistant sampai la aku jadi audit supervisor..masa mula2 outstation suka la..lama2 malas dah aku nak kuar2 ni..penat..pas kawin..cari kije lain..mana tahan kalau kena stay sampai pagi kan..sapa nak teman laki aku tido..
3. Account executive

Pas jadi auditor..kije wat account plak..kiranye dah 4 tahun aku wat account untuk 2 company berbeza..company 1-trading..company 2-consultancy...tapikan aku dah boring wat account ni..tolong la hambamu ini....

4. Masih mencari2 kerja yang sesuai dengan jiwa aku..maybe SURI RUMAH kut..Aminnnnn


Monday, August 2, 2010

Cerita Ibu Hamil-1

Dah 5 bulan ngandung baru la terhegeh2 nak cerita kan..hmm..aku cuma nak story skit perbezaan aku pregnant kali ni..huhuhu...

1. Alahan-pregnant kali ni alahan masa 3 bln pertama..azabnye la..ape yg aku makan sumer keluar balik..tak tertanggung sampaila kena dok sepital masuk air..masa 1st pregnant alahan gak..tp still bleh makan minum lagi..

2. Mengidam-2nd pregnant ni aku ngidam nak mkn macam2..gilo ko..MACAM-MACAM..mcm takde esok lusa..skali 2-3 jenis makan sekali aku bedal..lagi satu aku hantu durian..tp aku mkn 2 ulas je la..kang mabuk plak baby aku..pregnant dulu takde la ngidam sangat..biasa2 je..

3. Fizikal-3 bulan pertama berat aku turun 6kg..wah2..bagus..kurus skit..pas 3 bulan naik 2 kg..pastu smp la ni..dia dok takat tu je la..xdo nak naik2..kalu pregnant dulu..tiap2 bulan naik 2-3kg..hambik ko..smp 20 kilo aku naik..

4. Makanan-dulu aku bleh telan susu bergelen2..la ni..tgk susu pn nak muntah..aku suka minum air gas..gila2 suka..asam2 aku tak suka sgt tp aku suka cokelat..bkn cokelat murah plak tu..RM20 satu..pengsan nak beli..kadang2 je la aku beli..slalunye aku tibai je cadbury..ok gak kan..mintak2 x kena kencing manis..

5. Emosi-ni lagi satu..dulu pregnant ok je..xde masalah emosi langsung..xde istilah tersentap,merajuk,kecik hati n seangkatan dengannye..la ni..silap skit sentap, salah sikit aku dah anginnnnnnnnnnnn..adoii..letih la main ngan emosi ni..

6. Kesihatan-1st pregnant dulu aku sakit paler smp 9 bln..bygkan..tbaring je..la ni sekejap je..sebulan sekali tu kepala aku buat la perangai..sakit tak terkata..dah la tak buleh makan ubat kan..tahan je la..

p/s: sampai situ je la dulu..kang ada idea aku update lg...



Tuesday, July 27, 2010

Mak Buyong Mengidam

gambar google

Mak mengidam nyah!!!! aku ngidam menda alah ni..tiba2 terasa semangat untuk memberi susu ibu kepada anak ke 2 utu begitu tinggi..ini semua pasal pengalaman dulu la..masa papik dulu aku hanya bf dia 2 weeks je...2 MINGGU je ko..sian budak tu..sudahnye slalu sakit2 dr 1bln sampai la skarang ni...itu sbb annual leave aku cpt abis..asal dia sakit aku cuti..

Dulu masa bawak papik chk up bila dr tanye bf baby ke x..adoiii...malu weh aku nak ckp aku bf 2 minggu je..kalau boleh aku sorok muka aku kat buntut dah lama aku sorok..malu wehhh..pastu bila papik sakit dr tanye lg bf baby ke tak..bila aku ckp kejap dia senyap n ckp pasni kalau ada bb lagi bf lama skit..tebal wehhh muka aku..macam la aku xnak bf..bkn xnak..tak reti tu satu, tak sabar lagi satu, tensen pun ada, pump yg ada manual n bila pump jgn kate 1oz..kdg2 x kuar..heheheh..tu yg buat aku lagi tensen..

disebabkan perkara2 yang dulu..aku nekad nak beli menda alah ni walaupun aku tak tau mcm mana keadaan aku nnt kan..susu ada ke x..kuat semangat ke tak..tapi sekurang2nye menda ni bg semangat kat aku sbb aku dah kuarkan duit yg byk utk menda ni..

Aku tak tau breast pump aku membantu aku menyusu ke x..aku x peduli..yang penting aku akan cuba bf anak aku selama mungkin yg boleh..aminnnnnnnnnnnnnnnn...

ps: mintak2 aku berjaya susukan anak aku..mcm mana aku nak stimulate biar ada susu wpun x bsalin lagi ek sbbnye ada yg 7-8 bln susu dh kuar skit kalau picit..haku ni 7-8 bln jgn kate susu..air pn x kuar..bg cadangan/idea/petua....



Saturday, June 26, 2010

Mengidam

Orang lain pregnant aku tengok ok je..sihat walafiat..takde sangat alahan..mengidam pun rasanye sesuka hati mak aku je takde..kalau korang nak tau..dekat opis aku ni ada 4 orang mak buyong..1org due bln 8, 1 org tidak diketahui due bila, lagi sorg due bln 11 and aku bulan 12..sekali 4 org cucu anak..ampunn bos..

Pregnant kali ni aku ngidam macam2..hubby aku pun pelik sebab dulu tak macam ni..tapi aku takde la ngidam nak makan/beli/pegang benda pelik-pelik..ada la 1 2 benda yang aku ngidam itu boleh membocorkan poket laki aku..

1. Lumix GF1

Bukan aku xdak camera..tapinye dh lama aku nak dslr..yang ini rasanye menepati citarasa aku sbb x gabak n ada warna merah kalu x salah aku..harganye juga buleh tahan n setanding dengan harga dslr gabak yg ada di pasaran..dr segi spec aku baru tgk skit..rasanye xde beza banyak kutttt (mcm tau je kan)..

2. Ais Krim


-Bukan xleh beli ais krim yg ada kat kedai..mula2 nak mkn ais krim famous amos (ais krim ke namanye..x sure)..sampai skrang x dapek lagi..meleleh la air liur anak aku..g sunway xdak..rasanye kat sungei wang n sogo ada..kat lain xtau..cumanye kemalasan nak ke kl itu semata2 mau makan ais krim..
-Keduanye ais krim malaysia yg RMo.20 sebatang..aku nak asam boi merah n putih..gigih la adik aku g carik asam boi n plastik ais krim..plastik ado..asam boi non ado..aku pun order la ngan bdk opis 20 batang..sekelip mata abis..bkn aku sorang telan..org kat umah pn telan gak..nasib baik awal2 aku dh bwk stok ke opis..selamat..

3. Cokelat


Suka sangat makan cokelat..sama masa ngandung papik dulu..cuma aku nak kurangkan skit..kang kencing manis plak..

4. Durian


Aku nak sangat makan tapi takut..bleh ke dak makan durian ek time pregnant..kalu bleh mau ku bedal 1 bijik..bukan seulas ye..

5. Bubur Jagung


Mulut dh memang pahit je manjang..so kena la makan benda manis kan..apo lagi bubur jangung la..yg dibeli kurang memuaskan..nak meuaskan hati buat sendiri..tapi org x ngandung plak byk songeh..kuah pekat la..masin la..manis sgt la..mak buyong makan bergelen2 rasa sedap je..lagi2 kalau sejuk..nyummm2..

6. Ayam

Ayam..bermacam ayam..ada ayam kampung..ayam bandar..itu dia lagu jalil hamid..AYAM..masa mula2 pregnant jgn harap mkn ayam..bau pn nak muntah..la ni siang malam ayam je..Kfc la, Kenny Rogers la, Nandos la..ayam tepi jalan pun aku rasa sedap..aiyaaaaa...

7. Roti Jala

Ni pun aku nak makan tapi tak dapek2 sbbnye kalu nak suruh mak kawan aku buat kena order byk..kalu dah byk sape plak nak makannye..ye dak..nak harap aku buat xdenye..

8. Rendang Itik


1st time aku makan rendang itik rumah mandiq..hmmm..sedap sampai menjilat jari..la ni terasa2 nak makan..mandik..mak ko bleh masakan x..upah masak n itik aku bagi la..sedapnye..

Sekian dari mak buyong yang tak berapa buyong.

p/s: gambar semua dr atok google





Wednesday, March 17, 2010

Tertipu

Hari ni dalam sejarah aku telah tertipu..tak pasal2 aku kena cancelkan semua kad2 yang aku ada..kredit kad and atm kad..pandai sungguh aku..tak terpikir langsung ini sume hanya palsu..bodohhh...aku dah tak ingat pasal panggilan/sms palsu ni..aku check ngan bank negara rupa2nye dlm bln 4 dorang dh announce psal ni..mana la aku nak ingatkan..sah2 dia call ckp aku utang 4k..x ko terkejut berok..bila masa pulak aku blanje..aku nak membayar pn azab..ni lagikan nak belanja..mangkuk the hayun betul orang ni..

Dia call cakap nak confirm transaction 3k..aku pn call balik n operator yang bernama MR. Terry Tan Meng Chia aku tak tau nama betul ke tak and aku x pedulik aku nak letak gak nama setan ni kat sini..dia siap mintak baca IC aku and cakap aku ada buat transaction ni..PALER HOTAK KO..bila plak aku ada kt kad a****bank ni..pastu dia suggest buat laporan kat Pusat Pengurusan kad Palsu..hahahah..kat sini la semuanye bermula..

Aku disambut dengan "ba*k Neg*ra M'*ia..tekan 1....tekan 2.." ye ko..mana aku x pecaya tu bank negara..pastu dia cakap la perbualan ni akan dirakam..dia mintak no kad kredit aku..no akhir..tapi aku bg no akhir yang kat depan..no atm aku..pas aku dh bagi sume tu aku soal jawab la ngan dia..tp aku pelik gak sbb dia kate dia akan tgk kat CCTV sapa yg apply..akt situ aku pelik tapi aku ckp aku xnak tau procedur dia..yang aku tau setel..AKU YANG BODOH sebenarnye..sah2 aku tau dia tipu..pastu dia letak and call lagi aku mintak cerita balik..aku cerita balik n dia nak sah kan balik kat kad..aku still bg no akhir kad depan kad tu..(bila dipk2 balik mungkin dia nak no akhir yg kat belakang kut..hahah)..lupa nak sebut nama setan lagi satu MR Jason (notelepontipu-0326998044)..siap bagi aku no file lagi kut2 nnt aku tepon balik..BABI!!!!!...mencarut dh aku..geram giler..

Pastu aku call hubby bgtau n dia ckp dia nak check ngan b*nk n*gara..5 minit pastu dia cakap aku dh kena tipu..dia suruh cancel semua kad yang aku ada..aku ape lagi call b*nk N*gara n aku x cakap lagi bank ape dia dh cakap.."puan dapat call dari A*bank ke"..hahahah..lepas dh tau ditipu aku pn terus call semua bank terlibat n block semua kad..alhamdullillah xde transaction lagi..kalu x haru aku..

Pastu aku call a*bank n chk aku ada kt kad ngan dorang ke x..ternyata tipu belaka..aku memang xde kt kad ngan dorang pn..buang masa aku 1/2 hari dok setelkan menda ni..mangkuk hayun jadah betul la..

Ciluk dr Bank Negara Malaysia

Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
  3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
  4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
  5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980

7 April 2009

Bank Negara Malaysia


Tuesday, March 16, 2010

Kelaka Ke???

Sila jangan gelak ye kawan2..ini percubaan pertama memakai shawl yang akan aku jual tak lama lagi..sila tungguuuuuuu..shawl yang cantik2 akn dipublishkan tak lama lagi..

Korang rasa ok ke aku pkai shawl..x nampak bulat & tombam ke muke aku..mcm mana nak pkai benda alah ni..sbbnye aku pkai x kemas la beb..kalu ada tutorial cara pkai shawl bgtau kat aku..

semak gila belakang tu ngan file segala..x lama lagi aku campak je file tu..


Muka ku bulat macam bulan

p/s: sapa nak beli..ada lagi 9 lai..warna lain2..


Monday, March 15, 2010

Sinus

Aku slalu sakit kepala kebelakangan ni..hari tu masa buat bbq kat rumah MIL pn aku terbongkang tido kat atas sbb sakit kepala..melepas aku nak makan stimboat..nasib baik ada saki baki so esoknye dapat gak la makan..aku bukan nak cerita pasal makan..tapi pasal sakit kepala..

Aku memang ada migrain..tapi lately slalu sangat sakit n aku memang x tahan..makan ponstan (xtau betul ke x eja) pn x jalan..aku g klinik n dr cakap sinus aku bengkak..aku dok pk bengkak ke..memang area muka aku senak n aku x ckp pe2 lagi ngan dr..dia dh ckp muka aku nampak bengkak n confirm sinus aku bengkak..adui..dia suruh aku mkan ubat sinus 3 bulan..hahaha..aku nak makan ubat..larikkkkk..jgn harap..dh x sakit xkan nak makan kan..

Weekend lepas pn sakit jugak..aku skip makan 2 hari..jumaat n sabtu..mlm sabtu dh sakit kepala..ahad aku dh sakit area muka..tekan idung rasa sakit..aduiii..last2 ajak hubby balik bangi ambik ubat..mls jupe dr kang dia tambah ubat lain plak..pas mkn ubat tdo smp pagi..aku x sure condition aku ni ok ke ko..maksudnye sinus ni ok ke..bahaya ke x..ke aku patut g pakar..kang kalu g dia ckp bkn serius pn..malu seposen aku nnt..hahaha

So harap2 sesapa tau pasal sinus ni buleh la tinggalkan komen anda..kalu ada dr yg baca blog aku ni..sila2kan la tinggalkan komen anda..

Kat bawah ni aku ciluk dr berita harian kalu x silap..



Sinusitis, commonly called “sinus” problem by Malaysians, is the inflammation of the membrane lining of any of your sinuses. (itis = inflammation).

There are two types of sinusitis – acute and chronic. Acute sinusitis is a short-term inflammation of your sinus membranes, usually lasting less than eight weeks. If it occurs no more than three times per year, with each episode lasting no longer than 10 days, each episode is diagnosed as acute sinusitis.

Chronic sinusitis lasts longer than eight weeks or occurs more than four times per year, with symptoms usually lasting more than 20 days.

Sinusitis, both acute and chronic, is extremely common around the world.

Where are my sinuses? How many do I have and why do I need to have sinuses?

Your sinuses are also called paranasal sinuses because they reside around your nose area.

You have four major pairs of sinuses in your skull. There is always a right and left sinus for every pair. The sinuses are air-filled cavities which are connected to the space between your nostrils and nasal passage.

You need sinuses (or any air sac) in your skull because they help insulate your skull against compression pressure. They also help reduce the weight of your skull and allow your voice to resonate through it.

The sinuses are covered with a mucous layer and cells that contain little hairs on their surfaces (cilia). These help trap and propel bacteria out.

The four pairs of sinuses are:

1. Frontal sinuses – in your forehead

2. Maxillary sinuses – behind your cheekbones. These are the ones that are frequently inflamed, giving you that “tender” feeling when you touch them

3. Ethmoid sinuses – in the space between your eyes

4. Spenoid sinuses – behind your eyes

If anything occurs to disrupt the normal balance between your nose and sinuses, then bacteria or viruses may enter your sinuses and cause infection.

How can I tell the difference between sinusitis and a common cold?

Sometimes the differences are marginal and very hard to tell by the lay person. Sometimes you can have both a common cold/flu and sinusitis.

Basically, all acute sinusitis present with a blocked or runny nose, sometimes with mucous discharge dripping down from the back of your nose to your throat. There is pain or pressure around and above the affected sinus.

In ethmoid and frontal sinusitis, the pain or pressure symptoms are worse when you are coughing, straining or lying on the back. They are better when your head is upright. But in maxillary and sphenoid sinusitis, this pain or pressure is worse when your head is upright and when you bend forward. It gets better when your lie down. You may even have a headache in your temple or the area surrounding the eye.

A fever is common in acute sinusitis.

In chronic sinusitis, there is chronic or persistent nasal discharge, nasal obstruction and chronic low-grade pain or pressure in the affected areas. You may also have chronic sore throat and bad breath. In maxillary sinusitis, this can present as a chronic toothache.

If your ethmoid sinusitis is bad enough, the entire sinus can swell and compress your optic nerves, leading to visual disturbances.

What can I do to treat it?

You must drink plenty of water and fluids. Hot tea will be good for you. This helps promote drainage of the sinuses.

You can also inhale steam two to four times a day for 10 minutes each by leaning over a bowl of boiling water (but not when it’s on a stove!). You should take hot, steamy showers. Vicks vapo-rub can also help in opening your nasal passageways. You can also use a vaporiser.

To thin your mucous (to help you get rid of it easier), you can take expectorant drugs and decongestants, which are readily available in any clinic or pharmacy. For infections caused by bacteria, the doctor may prescribe antibiotics.

For some people who have severe, persistent chronic sinusitis which are crippling their ability to work, surgery is an option.

Can I prevent myself from getting sinusitis?

It is very difficult because no one is immune from a cold! But you can go for a yearly influenza jab to help reduce flu.

Avoid people with obvious symptoms of flu – this is especially important for people who suffer chronic sinusitis.

You can also reduce stress because stress leads to more frequent colds and infections. Take a diet rich in vitamin C. If your sinus infection is linked to allergies, then you should avoid whatever flares your attacks, such as pollen or animal hair.

You should also stop smoking.





Wednesday, December 9, 2009

Azam Baru

Azam 2010

1. Anak
2. Simpan byk lagi duit
3. Berjalan2 mkn angin-luar or dlm negara
4. Kerja di shah alam
5. Pergi Umrah
6. Jadi wife yang baik n ibu yang penyayang..chewaaahh..
7. Jadi Bos-bila la company aku nak stat ni..:)
8. Kurus
9. Beli handbag idaman hati
10.Notebook

Azam 2009

1. Simpan duit dlm ASB
-berjaya simpan sedikit2 setiap bulan
2. Tukar kije-sudah tukar kerja-dekat n x memenatkan
3. Nak kurus..kembali ke berat asal-belum tercapai..kena kurang 8 kilo lagi
4. New notebook-tak dapek lagi
6. New handphone
-tak dapek lagi
7. Designer beg..sekurang2nye satu le-tak dapek lagi
8. Jadi wife yg palin baik utk Mr Hubby..heh..kena rajin masak n kemas umah (bab kemas umah ok tapi nk ke dapur..lemah tulang temulang jadinye)-masak ada buat..kemas rumah pn ado..tapi tak selalu..so tercapai ke tak ek???
9. Jadi ibu yang baik utk Mr Papik..nak sediakan semua yg terbaik untuk Mr Papik-ada yang dapat sediakan..n ada yang tak..:)
10. Jadi menantu yg baik dan rajin..mintak maaf ye mama sbb menantu mu mls tulon di dapur..
-ni aku lemah skit..still x leh jadi menantu yg baik..hahahah..


Tuesday, October 20, 2009

Gucci Pucci


Oh hubbyku..tolong la belikan wife mu ini bag gucci pucci ini..adus..chanteknye..kalau dapat satu ni..lunyai aku pkai..gerenti pakai sampai rosak..aduss..bila la company nak bg bonus ni..bleh la aku sambar satu bag gucci pucci ni..huahuahua..

p/s: birthday i bulan dec..so ape lg..simpan duit n belikan bag ini..



Malas

Ye..ye..aku tau..cuba jangan cakap malas..cuba cakap rajin..gerenti rajin kan..aku tak closing account lagi..bos dh mintak2..kemalasan tahap gaban..aduiya...malas...kenapa la ada penyakit M.A.L.A.S ni..