Tuesday, September 9, 2014

The Time Tunnel Cameron Highland

Cerita CH lagi. Sambungan dari check in hotel, lepas dah selesaikan apa yang patut, kami pun pergi la kearah Brinchang. Ingatkan ada la pasar malam, sekali non hado. Rupa-rupanya Jumaat and sabtu sahaja ada pasar malam. Melepassss. Disebabkan takde pasar, hubby decide masuk la time tunnel ni. Ikutkan aku malasss nak masuk sini sebab aku tak suka sangat pergi tempat gelap-gelap and ada barang lama. Kadar keseraman ku tinggi. Macam rasa ada yang menunggu je dekat setiap barang tu. Layankan la gambo ek. Nak tepek semua banyak sangat. Aku tak jalan sampai hujung. Sampai je tengah aku dok kat kerusi and tunggu hubbyku di situ.

 















Time tunnel tu antara Brinchang and Equatorial Hotel. Tepi jalan je tempat ni. Entrance ticket RM5 untuk dewasa and RM2 untuk kanak-kanak. Aku tak sure kut dia dah naik harga. Tapi kalau naik pun takde la mahai mana.


No comments: