Tuesday, September 2, 2014

Makan-makan


Selamat hari kemerdekaan untuk semua. Tak terlambat kan, hehehe..macam biasalaaaa, blog ni kan hidup segan mati tak mau. Nak mengupdate satu entry pun dah cukup payah. Sempena cuti panjang ni, aku berkesempatan membuat reunion untuk ahli rumah bujang. Jangan tak tahu, kami dah berkawan sejak tahun 2003. Sama tempat kerja and sama rumah. 


Bertahun jugak tak jumpa diaorang semua. Almaklum la semua dah ada komitmen masing-masing. Nak mengumpul 6 orang ni pun dah cukup payah. Itu pun ada seorang ahli rumah tak dapat hadir disebabkan anak tidak sihat. Memandangkan venue diorang pilih rumah aku, dengan kuasa veto aku decide kita but potluck. Tuan rumah bukan tau masak pun, tuan rumah tau makan je. Masing-masing bawak la sejenis makanan seorang.

Malam tu aku dah buat table setting siap-siap. Senang sebab nanti tak kelam kabut sebab pagi tu aku and akma nak masak kuah laksa penang. Menu hari tu laksa penang, sate, mi goreng, cekelat kek, buah and air.
Cukup la untuk lima keluarga. Aku lupa ambik gambo makanan.

 Simple table setting

 Ruang tamu kasi luas sebab budak-budak nak berkejar-kejaran nanti

 Meja makan pun just ada buah and saki baki kuih raya

Tetamu sampai dalam pukul 1. Makan and borak sampai tak ingat dunia. Anak-anak lagi laaaa. Main and main sampai comot. Sedar tak sedar dah pukul 5. Itu pun macam cepat je masa berlalu. Nak berjumpa lagi tak tahu bila sebabnya ada yang duduk ni johor. Kena tunggu masing-masing free dulu. Sebelum balik harusssss ambik gambor untuk kenang-kenangan.





Selesai semua, misi membersihkan rumah. Akhirnya rumah kembali seperti sedia kala. Kilattt ko.


p/s: Kiteorang ni satu rumah, satu ofis, suami-suami pernah kerja satu ofis dengan kiteorang. Kiranya masing-masing berkahwin dengan officemate ler. Harap persahabatan ni terjalin untuk selamanya. Luv u olssss.


No comments: