Tuesday, October 30, 2012

Laksa Penang

Aku memang hantu laksa. Makan laksa hari-hari pun takpe syaratnya kuah laksa mesti sedap. Kalau nak sedap haruslah masak sendiri kan. Aku jenis malas duduk dapur lama-lama. Kalau laksa ni bleh masak dalam masa 2 minit alangkah bahagianya.

Cara aku masak laksa simple sangat. Jimat masa dan tenaga. Mari sama-sama kita lihat ek.

bahan-bahan untuk kuah












Bahan-bahan untuk kuah:

1 tin sardin (apa-apa brand pun takpe)
5 biji cili besar
1 ikat daun kesum
1 ikat bunga kantan
1/2 biji bawang besar
10 biji cili padi (aku selalu letak lebih sebab suka pedas)
1 ibu jari belacan
Asam gelugor

Cara-cara:

Basuh semua bahan-bahan diatas. Potong cili dan buang bijinye. Blendkan cili, daun kesum, bunga kantan, cili padi, bawang besar dan belacan. Sebelum blend letak periuk berisi air atas dapur. Dah siap blend curah la dalam periuk hasil yang diblend tadi.

Bukak tin sardin dan buang sosnye (isi jangan buang ek). Blendkan isi sardin sahaja beserta air yang didihkan tadi. Blendlah sampai lumat dan curah dalam periuk tadi. Letak asam gelugor 2-3 keping beserta garam. Tunggu sampai mengelegak. Rasalah kut-kut kurang masin masam, korang adjust la sendiri. Laksa jangan lupa rebus.

Tadaaaa..siappppp!!!

:

:

:

:



Kuah laksa atas dapur

nyum-nyum

Dah siap bleh la dihidangkan dengan timun, cili, dan juga bawang. Jemput makan semua.

No comments: