Monday, October 22, 2012

Birthday Syafiq @ school

Besday Syafiq yang ke 4 tahun we all plan sambut dekat school-GA. So ape lagi kan, kena la prepare goodies untuk budak-budak 4 tahun, rasanya dalam 40 orang. Lepas tu cari kek, anak teruna minat dinosour and robot. Susahnya nak cari kek yang ada gambar binatang yang dah pupus tu, last-last kek robot ni la yang ditempah.

Goodies just bagi mufin, cokelat and mainan robot. Masa nak sambut ni si Syafiq tengah sakit mata. Nak cancel tak bolehla kan sebab dah tempah segala. So aku decide hantar la jugak dia ke school untuk sehari. Semata-mata untuk sambut birthday dia.

Kek robot, tempah kat area rumah je.

Besday ni celebrate masa dorang makan pagi. Dalam pukul 9 dah dengar budak-budak ni turun tangga sambil selawat. Semua excited sebab tiba-tiba ada kek. Hahaha. Semua dok tanya "ini mummy syafiq ke?". So budak-budak aku sediakan mi goreng jugak. Abis makan teacher arrangekan Syafiq untuk potong kek. Tengok muka Syafiq, blurrrrr!!!.:)





Syafiq & kawan-kawan









budak ni susah betul, suruh senyum taknak






Dah abis acara memotong, ape lagi kan, makan sakan la budak-budak ni. Budak mana yang tak suka kek kan. Lupa plak, krim puff pun aku tempah gak, sebenarnya untuk teacher, tapi budak-budak bedal sekali.

Masing-masing dengan botol air sendiri
Ibu and afiq, tengok budak sebelah Syafiq, tengok macam geli je..heheh

dok intai ada lagi ke tak ke

Aku pun tak tau sedap ke tak sebabnya aku tak makan. Hubby cakap sedap, so percaya je la kan. Tahun depan tak tahu nak celebrate besday apit kat school lagi ke tak. Kalau buat dekat school kena bg goodies yang berguna sikit untuk budak-budak. Kek pun sure budak ni nak kek binatang dah pupus. Mana lagi la aku nak cari. Sesape tahu sila inform aku ek. Ok. Abis .


No comments: