Tuesday, October 2, 2012

Bibik

Nampaknyer perkhidmatan maid aku akan dihentikan setakat ini sahaja. Dia akan balik masa raya haji nanti. Lepas ni aku la jadik bibik. Uwaaaa. Pengalaman ada maid ni macam-macam. Aku bukan jenis ambik kira sangat. Kalau kau dah siap kerja nak tido awal dipersilakan. Ko tak payah masak. Aku yang masak hari-hari. Kau cuma sediakan bahan-bahan sahaja. Lepas makan kau basuh semuanya & pastikan dapur aku tak berminyak. 

Bukan aku taknak sambung bibik aku ni. Tapi lately ni nampak lain macam sangat. Satu hari tu aku ambik tepon and baca sms yang ada. Terkejut mokcik bila baca sms tu. Begini la lebih kurang sms antara bibik & boipren nye (note: bibik ku udeh kawin & udeh punya 1 anak)

boipren: dosa tetap dosa 
bibik: ngapa baru skrang bilang dosa, masa abg suka aku tak ingat dosa. Aku udeh sanggup bercerei sama lakiku..skrang abg bilang dosa 
boipren: dosa tetap dosa 
bibik: baru skrang aku rasa cinta & sayang sama abg. Aku udeh sanggup bercerai..sekrang abg ckp pasal dosa. Aku baru ngerti cinta tak pasti memiliki. Aku tak dapat tuannye dapat hatinya pun nggak apa. 

Fuhh..lebih kurang la sms bibik & boipren. Tapi yang pasti alasan paling kukuh yang aku taknak sambung bila dia tanya si boipren bila nak datang Bangi. Tinggg!!!Si bibik ni penah jumpe boipren dia ke. Dia penah bawak ke rumah ke. Selama dia kerja, sekali je aku marah dia kaw-kaw punya sampai Syafiq pun takut. Sebabnya dia bawak anak-anak aku pergi kedai without my permission. Kepantangan aku betul. Balik aku bukak peti ais tgk ada cokelat. Tanya mana dapat. Dia kata pergi kedai sebab Syafiq mengamuk. Hmm..ko tengok la aku ngamuk macam mana pulak. Start dari tu aku kureng sikit dengan dia and aku siasat la sikit. Tu yang terjumpe SMS tu. Aku tak cakap & tanya pasal tu sebab aku nak hantar dia balik. No point pun nak tanyakan. Dari kau sakit hati, baik kau buat tak tahu.

So after this aku la bibik. Mintak-mintak la dapat pengganti cepat dan baik. Aku rasa aku kena buat garang sikit. Selama ni aku ambik mudah dengan semua benda. Tak terlalu tegas. Orang lain kalau kena kejut bibik, selamat la bibik tu kena maki. Aku ni baik lagi. Kejut & tak marah. Baik kan aku. Sebab tu bibik pijak kepala aku. Tapi dia silap la. Aku memang pantang orang tipu aku. Kalau korang tengok dia angau mengalahkan anak dara. Makan taknak. Minum taknak. Malam-malam gayut. Sebab tu la bangun lambat.

Sorry ye maid-maid sekalian. Walaupun bukan semua tapi korangkan kalau orang dah baik bukan nak buat baik dengan orang tu. Korang pijak lagi kepala orang tu. So nasib korang la bila kena kerja dengan majikan yang mendera korang. Memang pembalasan yang setara la. Kerajaan korang lagi ntah hape-hape. Tengok rakyat korang kerja macam mana pastu baru cakap. Demand macam-macam. Kalau bagus takpe, ni hampes.

Dah la. Cakap pasal bibik buat hatiku sakit gila.



 

No comments: