Monday, April 14, 2014

Syafiq



Aku tak tau samada aku pernah tunjuk gambar ni or tak. Gambar ni tak silap awal tahun 2012. Dalam bulan 4 or bulan 5. Masa ni Syafiq sakit teruk.

Aku perasan kelenjar Syafiq bengkak sebelah. Bawak pergi Azzahrah and Dr suspek TB kelenjar. Lepas dua tiga hari aku perasan dua-dua belah leher Syafiq bengkak. Masa tu aku bawak dia pergi buat rawatan islam. Bila tengok macam tu, aku decide bawak pergi Azzahrah balik. Jumpe Dr. Nazim and dia terus refer ke SDMC.

Esok aku pergi SDMC, jumpe Dr. Chan. Dr Chan explain yang limpa and hati Syafiq bengkak. Masa tu aku dah fikir benda buruk. Dr Chan nak tengok result darah dulu and baru decide what treatment nak bagi Syafiq. Tak silap hari tu hari jumaat. So semua orang rushing ke makmal ambik darah. Meraung-raung Syafiq cakap sakit. Masa tu aku tengok mak aku dah meleleh air mata. Aku menangis dalam hati. Aku tak berupaya nak nangis pun masa tu.

Dah sudah ambik darah, pergi balik ke Dr Chan. Kebetulan result tak boleh dapat hari tu jugak. So dr suruh balik dulu and start dengan 3 antibiotik. 3 antibiotik tu kena makan sekali gus. Dr inform yang kalau result tak ok, dia akan call hari sabtu and isnin kena ambik air tulang belakang. Jumaat balik hospital Syafiq lemah and demam. Aku bagi makan minum tapi dia tak selera mana.

Sabtu, Dr Chan call inform yang result tak berapa baik. Darah putih low or high aku tak ingat. Tapi semua result tak berapa bagus. Dr suspek Lukiemia. Aku terdiam. Tak mampu berfikir. Aku memang dah bersedia terima berita tak baik. Dr suruh puasa start pukul 12 malam ahad. Isnin dia akan buat procedure ambik air tulang belakang. Start malam ahad badan Syafiq makin panas. Badan naik merah-merah. Aku saspek alergi dengan salah satu antibiotik. Malam tu dia nak minum macam-macam. Nak susu, nak sirap, nak air milo.
Semua aku tak boleh bagi sebab dia kena puasa. Menangis dalam hati aku tengok dia macam tu.

Esok pagi, aku, mama and hubby pergi hospital. Dalam kereta aku lap-lap lagi Syafiq sebab dia masih demam. Lepas register, Dr Chan suruh pergi ke Day Care Ward. Ko masuk situ ko boleh tengok orang muda, tua, baby, kanak-kanak semua dok tunggu turn buat chemo. Lagi aku stress dok situ. Aku pangku Syafiq sambik dia tengok kartun. Sambil tu aku bisikkan kat dia yang aku sayang dia, dia kena bertahan walau ape yang jadi and dia kena sihat semula. Sambik tu aku berzikir jugak ke telinga Syafiq, untuk ketenangan dia and aku. Aku rasa nurse pun  nampak muka aku down gila. Dia siap cakap " sabar puan". Yes aku bersabar ni.

Lepas Dr Chan habis meeting, sebelum buat procedure ambik air tulang belakang, dia nak check Syafiq lagi sekali. Dr Chan pandang aku and bagi tau yang limpa and hati syafiq dah kecil sedikit. Ada perkembangan positif and tak perlu ambik air tulang belakang. Masa aku dengar, aku rasa nak sujud syukur dekat situ jugak. Aku rasa macam batu yang ada dalam kepala aku dererai satu-satu. AKu terus pergi dekat mama. Mama tunggu dekat luar. Aku tau mama tak sanggup nak dengar berita tak baik and tengok cucu dia sakit. Aku dapat tengok mata mama. Berair and aku tau yang mama gembira dengan perkembangan Syafiq.

Disebabkan Syafiq elergi dengan salah satu antibiotik, Dr Chan decide stop salah satu dari 3 antibiotik. Aku tanya jugak macam mana kalau antibiotik lain yang buat Syafiq alergi. Dia cakap kena gamble. Kalau still merah, then kena tukar yang lain. So Isnin, hari sepatutnya ambik air tulang belakang tak jadi. Dr suruh balik and 3 or 4 hari datang balik.

Lepas 4 hari makan antibiotik, Syafiq makin segar and dah tak demam. Tapi kelenjar dia masih bengkak. Kami pergi jumpe Dr Chan and Dr inform yang hati and limpa syafiq makin mengecil ke normal saiz. Aku tanya jugak pasal kelenjar tu. Dia cakap bukan 1 kelenjar yang bengkak, tapi 8. Ambik masa untuk kelenjar itu kembali normal.

Selepas dari itu, ada lagi 3 or 4 kali appoinment dengan Dr Chan. Yang terakhir sekali, Result darah dah keluar and Dr dah tau bakteria apa yang serang Syafiq. Limpa and hati dah kembali normal. Syafiq dah makin sihat and kelenjar leher masih berbekas bengkak.

Aku dah lama nak menulis pasal ni, tapi takde kekuatan. Aku dah taknak lalui saat-saat macam ni. Aku kagum dengan parents yang ada anak sakit kritikal. Kagum dengan etabahan and kesabaran mereka dalam menghadapi saat getir dalam hidup mereka.

Ok la. Itu je nak cerita.




3 comments:

Suria Amanda said...

alhamdulillah...nasib baik xde apa2 yang teruk berlaku pada syafiq...

Anonymous said...

aah..nasib baik syafiq dah ok..

Cik Lily Putih said...

ermm bersabarlah dugaan semua ni... alhamdulilah..