Thursday, April 21, 2016

Denggi

Aku tak pernah terfikir nak kena demam denggi. Mula-mula sekali husband ku yang kena. Sakit-sakit badan and demam tinggi. Check darah, doktor cakap virus. Lepas beberapa hari pergi check darah, akhirnya memang confirm denggi. Husband pergi cari jus daun betik and suruh aku masak sup ketam. Buat pertama kalinya aku masak sup ketam. Siang si ketam pun husband yang buat sebab aku memang tak reti. Yang aku tau makan saja. Pletlet husband masa tu dah 90. Pergi klinik kesihatan, doktor cakap ok amd tak perlu warded. Bila aku tengok husband makin letih and lemah, aku suruh la pergi private hospital. Mula-mula pergi SDMC, full, lepas tu call la KPJ Kajang, Shah Alam, full jugak. Masa tu ko fikir ko ada duit tapi hospital takdak. Pergi balik hospital Serdang, dia suruh balik jugak. Last-last HR ofis husband yang arrange warded di Colombia Klang. Dok la situ dalam 4 hari.

Hari yang husband discharged, aku pulak yang seram sejuk. Dari ofis rasa lain macam tapi gagah jugak tunggu sampai 5.30 petang. Balik rumah aku check, sekali demam ko. Tinggi bukan main demam aku. Ayah aku pun apa lagi suruh zasss pergi Az-zahrah. Suruh check denggi terus. Dapat result darah positive denggi. Masa tu aku tak fikir apa, aku fikir kerja and anak-anak aku je. Bermula la episod ambik darah hari-hari. Aku demam jumaat, so sabtu aku pergi klinik kesihatan je pergi ambik darah. Dapat result dia suruh pulak pergi serdang sebab darah putih aku low sangat. Ahad pergi hospital serdang. Doktor dapat result darah dia cakap normal darah putih rendah. Suruh aku minum air banyak-banyak. Isnin aku berus gigi, bleeding sikit. Pergi ambik darah dekat klinik kesihatan lagi. Sekali dia suruh aku pergi serdang. Siap naik ambulan lagi. Husband suruh doktor tu buat refer letter ke private hospital je, tapi dia refuse and nak jugak aku pergi serdang walaupun kemungkinan besar tak warded ada. Aiyaoooooo. Penat hokeh. Dari pukul 12 tengahari sampai 12 tengah malam aku bertapa dekat emergency, Lepas doktor ambik darah beberapa kali and check semua, dia suruh balik and pergi ke klinik kesihatan untuk check darah lagi.

Masa tu aku rasa aku dah tak mampu nak hadap klinik kesihatan tu. Kerja dorang ok, tapinya lambat sangat. Dari aku cergas sampai jadi lembik semata-mata nak ambik darah. Aku cakap aku nak warded mana-mana hospital. Aku pergi Colombia, tu pun penuh. Ada 1 bilik 3 katil. Belasah je la asalkan aku tak menunggu nak tak darah. Check in la aku 4 hari 3 malam dekat sana. Hari ke 4 demam dah kebah. Abis demam, badan aku naik merah-merah and gatal. Ikutkan kate nurse tanda-tanda nak baik. Tapi gatal merenyam tak tahan ko. Sampai doktor bagi ubat tahan gatal pun tak jalan jugak.

Lepas aku kena denggi, Syafiq pulak kena. Syafiq mula-mula tak demam pun. Dia sakit kaki. Hari ke 2 demam. Aku terus pergi Azzahrah and mintak warded. Nasib dapat bilik semua walaupun kena booking sehari. Takpe laa asalkan ada bilik. Syafiq check-in 5 hari 4 malam. Ada satu masa dia tak boleh jalan sebab kaki sakit. Aku pulak boleh jaga malam je sebab kerja and tak boleh cuti. Terpaksa nenek dia tolong jaga, Terima kasih ma sebab jaga apit.

Aku berdoa jangan la ada yang kena demam denggi ni. Kesian sebab sakit badan and demam tinggi. Tak dapat aku bayang kalau Sarah kena. Sure merengek-rengek je. Abis dah cerita denggi and aku tak harap aku akan up lagi cerita denggi ni. Mintak-mintak abis takat sini je.



Temperature aku masa 1st day demam

Muka mintak keluar hospital. Bosannnnn

No comments: