Friday, April 29, 2011

Cari kerja..cari kerja..

Korang ingat tak entry ini.
Bila dah selesai semuanye boleh la aku cerita kat sini.

Masa aku dah nak dekat bersalin dah dengar cerita ini.
Macam-macam verion yang aku dengar.
company nak bankrap la. Takde duit la.
Semua staff kontrak tak disambung la.
Tapi aku buat tak tahu je sebabnya BOS tak cakap ape-ape.

Bila aku naik kerja bulan 2. Bos datang kat bilik.
Bagitau la ape jadi & offer kat aku pigi KL.
Dengar nak kena pergi KL. Aku nak pitam.
Malas okeh. Nak harung jam segala.
Nak kena kuar rumah pagi-pagi buta.
Nak kena bayar toll & parking lagi.
Gila kedekut aku ni.

So bila dah takde hati nak kerja KL.
Apa lagi. Calling2 la sesape yang tahu lobang kerja.
Nasib la ada "Future SIL" shyra.
Dia la bagitau ada kosong kat tempat tu.
Aku apa lagi update resume. Pergi ambik gambo.

Tak silap lepas 2 minggu hantar resume.
Pergi interview & 3 week lepas tu dapat offer.
Dalam masa 3 weeks tu aku pergi gak interview tempat lain.
Mana tau ada rezeki kan.

Bila dah dapat offer letter rasa lega sangat.
Sebabnye aku taknak tanam anggur.
Taknak dok umah. Aku dah biasa kerja & ada duit sendiri.
Kang kalau tak kerja takleh la belanja sesuka hati.
Hahahahahah.

Now masa entry ni ditulis.
Khamis ni aku last company lama.
Rasa happy sebab nak ke tempat baru.
Yang malasnye nak kena mula balik.
Kena kenal balik ngan rakan2 lain.
Kena belajar balik accounting software.
Adehhh..tu yang malas.

Aku mintak-mintak semua ok di sana.
Hopefully aku leh la tahan dengan karenah manusia2 yang ada kat sana.
Aminnnnnn!!!


2 comments:

Mama Q said...

Amin....keep in touch

Cik Shyra said...

heeee..... harap ok keje disini.. :)