Tuesday, October 25, 2016

Handbag

Dulu aku suke membeli kasut. Setiap kali pergi mall, sure akan bawak seketul kasut. Last-last banyak yang terbuang. Sekarang kasut yang ada aku pakai sampai lunyai baru beli baru. Kegilaan beg ni terjadi bila husband aku belikan LV seketul. Bila dah ada seketul, ko nak beli beg yang lain pulak. Aku beli je beg yang aku suka tak kira la murah or mahal.

Beg Niko-Niko ni beg pertama aku beli dengan Sometime. Lepas dah beli beg ni, Sometime keluarkan Fiko-Fiko pulak. Tapinya aku tak sempat beli. Preorder pun yilek pochi. Lepas Fiko-fiko terlepas, aku beli Basta. Tapi tak guna pun Basta tu sebab macam pelik. Jual balik beg tu. Last week tengok dalam IG, Sometime nak keluarkan Fiko-fiko mini. Harusla membeli. Awal-awal dah bagitau adik aku, siap sedia untuk membeli beg ni. Almaklum laa, beg yang Sometime jual ni sekelip mata je lesap, licin ko.


1st beg yang dibeli, beg Niko-Niko, hijau emarald.


Keluar pulak Fiko-Fiko, rambang mata nak pilih warna apa. Ada tiga warna yang aku suka, Dusty Rose, Berry and Tyrian Purple. Selepas baling dadu, aku pilih rusty rose.




#harapnya ini beg terakhir tahun ni. Nak mengumpul, nak beli beg yang mahaiii sikit.
#gambar from Sometime website

No comments: