Tuesday, September 25, 2012

Sarah Sudah Besar..Yeah!!

Fuh..fuh..bersawang lagi blog ni. Aku rasalakan..lama-lama aku tutup jugak blog ni. Asal nak update internet macam siput sedut. Internet dah ok..askar 2 orang pulak nak guna laptop. Dah tu macam mana aku nak update. Tahun ni 10 entry pun tak sampai lagi. Cerita berlambak-lambak nak buat. Haish!!

Hari ni cerita pasal Sarah la dulu. Esok lusa pasal Syafiq. Pastu pasal babah pulak. Last sekali baru pasal ibu. Cerita budak kenit ni pulak, sekarang dah 1 thn 9 bulan. Berat dah 10 kilo. Ko dukung sekarang berat weii..itu sebab aku suruh jugak laki aku beli stoller lagi satu. Patah pinggang kalau nak berdukung je. Lilit kepala & panjang still sama, takde peningkatan pun..sama aje. Kata Dr. ye..bukan aku yg kata.


 


Budak ni sekarang suka cakap, cakap manjang. Sarah ni sangat garang. Takat gaduh ngan abang dia..rilek je.Macam takde hal. Abg dia pulak yang mengadu domba. Ayat yang keluar dari mulut dia pun dah panjang. Selalu kalau nampak aku ayat yang keluar:
"Ibu nak ikut"
"Ibu nak shushu"
"Ibu nak ido"
"yeh..yeh..babah alik"
& banyak lagi lagi la.
 

Naik kereta nyanyi & selawat. Setakat lagu tepuk amai-amai, ikan kekek, tu memang kesukaan la tu. Pandai pegang pencil and dah pandai conteng-conteng jugak. Ape lagi ek. Banyakla perkembangan budak kenit ni. Rasa rugi tak update dalam blog. Patutnye aku tulis je dalam blog kan. Nak buat macam mana nak oii!!. Ibu nye malas macam apa. Nak bukak and update blog pun malas yang amat. Bertambah lagi dengan internet yang slow segala. Gambar yang tak transfer lagi dari camera. Macam-macam la.

 


Takpe Sarah..ibu berjanji hangat-hangat taik ayam untuk update blog secara tetap. Hehehe..

Tu je la kut update untuk si kenit yang tak kenit mana. Kalau ada yang teringat aku update lagi.





No comments: