Kisahnya, aku balik kerja macam biasa la, sure nak masakkan. Sampai rumah terus nak masak nasik. Ntah macam mana masa nak bukak periuk nasik tu, sekali patah. Dah tak boleh bukak. Panik jap aku sebabnya budak-budak ni kelaparankan.
Aku pun try la tanak nasik atas dapur. Gilo ko, seumur hidup aku yang 37 tahun ni, sekali tak penah aku masak nasi atas dapur. So sila laaa terima apa aje hasil yang terjadi dan hasilnya adalah nasi menjadi bubur.
Iye aku tak tipu. Aku malas nak google (nampak nau kebodohan kau nak masak nasik pun nak google) cara masak nasik. Jadinya aku pun try and error. Apa aku buat aku masak api kecik and kacau selalu 🤦🤦. Lepas tu aku pelik, awat nasik aku makin lama makin macam bubur. Adoiiiiiii. Rupanya nasik dah jadi bubur ko. Dah agak-agak siap aku pun tutup api and berdoa biorlaa dia keras sikit. Sudahnya jadi laa nasik ala-ala bubur. Makan je laaa. Esokan terus beli periuk nasik. Puas hati sebab macam-macam ko boleh masak dengan periuk tu. Ko nak nasik keras ke, nasik lembik ke, crispy ke semua ado 👍😆😆.
Sekarang rajin dengan tak je nak masak. Disebabkan selalu nau masak malam, makanya kami sekeluarga berjaya menternak lemak 🤦🤦. Haiyaaa. Nasib laaa kann. Takde periuk ko susah, ada periuk pun susah sebab ko makin gemuk. Ye salahkan laaa periuk tu, sedangkan salah diri sendiri. Habis dah cerita pasal periuk. Jumpa di lain hari dan lain cerita
No comments:
Post a Comment