Kos di Malaysia
1. Kos orang tengah di Malaysia
2. Kos telephone
3. Tiket kapal terbang pembantu rumah pergi dan balik
Kos di Indonesia.
1. Kos renew pasport pembantu rumah
2. Kos perjalanan dan telephone orang tengah
3. Upah orang tengah
4. Duit pegang or duit tunjuk pembantu rumah
5. Pendahuluan gaji pembantu rumah
Yang aku bagi dekat bawah ni panduan umum sahaja.
Panduan Memohon Pembantu Rumah Asing (PRA)
Samada dengan agensi atau 'permohonan individu' (sendiri). Orang yg
memilih cara individu biasanya sebab lebih murah, atau mahu dapatkan
bibik dari tempat2 tertentu di Indonesia.
Cara 'permohonan individu' ialah kita kena contact salah seorang 'ibu'
iaitu orang yg akan menguruskan urusan passport bibik di indonesia. Ibu
ini biasanya berulang alik Malaysia-indonesia. Ibu-ibu ni ada banyak dan
biasanya dikenali berdasarkan recommendation dari friends yg pernah
berurusan with them. mana-mana ofis lama biasanya ada contact dgn salah
sorang ibu ni. ask your officemates (yg senior2)
Tanpa bantuan 'ibu' ni adalah mustahil untuk kita sendiri ke Indonesia
utk uruskan passport tu. Ibu akan datang berjumpa anda dengan a few
pictures of bakal-bakal bibik yg anda kena pilih. Baca betul2 maklumat
each bibik, think & then select one.
Ibu biasanya charge around RM3000 (depends.. ada yg lg murah, ada yg
lagi mahal) . Apabila bibik bekerja nanti, 3 bulan pertama tak perlu
bayar gaji. Gaji mula dibayar utk bulan ke 4.
Permohonan (Individu) untuk Pembantu Rumah Asing (PRA)
=====================================
1) Pergi ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara/ Putrajaya
Dapatkan satu set borang-borang (RM2) utk Pembantu Rumah Asing - tanya
di kaunter bawah dekat escalator. Anda akan diberikan satu set borang2.
- Borang PRA1
- borang Permohonan Pas lawatan
- Borang Permohonan untuk visa
- borang Personal Bond (perlu dimatikan dgn stem RM10)
- borang Kontrak kerja (Contract of Employment) - Kontrak adalah 2
tahun. fotostat 4 copies dulu sebelum penuhkan. then matikan each one
dgn stem (4 x RM10).
- borang Perakuan daripada majikan yg tidak menggunakan agensi berdaftar (permohonan individu)
- borang Perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama islam (For those yg bukan islam tapi ambil bibik islam)
Disediakan oleh anda
=============
- salinan IC husband & wife
- salinan sijil kahwin anda
- salinan surat beranak anak2 anda
- pengesahan/bukti pendapatan suami isteri (income household mesti lebih RM3000 sebulan)
disediakan oleh 'ibu'
==============
- salinan passport pembantu rumah asing / bibik
- laporan perubatan pembantu rumah asing / bibik
2) Penuhkan kesemua borang. Di aras 3 imigresen (tempat u kena submit
borang2 tu nanti) ada cara2 isikan borang ditampal pada dinding.
Bila dah complete, submit. You will get surat 'akuan penerimaan' & a
phone number to check samada yr application diluluskan atau tak.
3) After a few days - call them and ask. kalau lulus, pergi ke imigresen
semula dan dapatkan apa yg dipanggil 'calling card'. Calling card
adalah sebenarnya kelulusan/pengesahan permohonan pas lawatan kerja
sementara (diberi 2 salinan, satu utk kita simpan satu lagi utk bibik).
Bayar RM430 dan dapatkan resit.
4) Pos kan (pos berdaftar) 1 copy of 'calling card' dan original receipt
RM430 yg dibayar - pos ke ibu semasa dia ada di indonesia. Ibu akan
pass pd bibik.
5) Pada hari bibik datang ke malaysia, anda kena datang ambil. Depending
on yr bibik / ibu location in Indonesia, ada yg naik air asia (you kena
ke LCCT) atau ke Jeti Pulau Ketam di port klang. (nama je pulau ketam -
jeti tu dekat port kelang sebenarnya, bukan di pulau)
6) Selepas bibik selamat sampai di Malaysia anda kena buat FOMEMA
(medical check-up for bibik). Pergi ke FOMEMA (juga di Pusat bandar
damansara, tak jauh dari Ofis imigresen tu) buat appointment dengan
mana-mana klinik yg berdaftar. Anda kena bayar RM190 - dibuat dalam
bentuk wang pos (boleh dibuat di Arab-malaysian bank dibawah ofis Fomema
tu). Lepas selesai, anda akan dapat nama Klinik for medical checkup
& klinik for X-ray. (boleh jadi 1 klinik, boleh jadi 2 klinik yg
berlainan).
Date for appointment ke klinik adalah open (must be done within 1 mth
max.). Tapi sebaik2nya buat minggu ke dua. Ini supaya bibik dapat
menyesuaikan diri dgn environment malaysia & tak keletihan. Once
done, the result will be available usually within 10 days. Boleh check
di laman web fomema.
7) Once medical checkup completed, pergi ke Imigresen semula utk dapatkan 'pelekat' Visa yg akan ditampal pada passport bibik.
8) Then kena buat i-Kad utk Bibik - di aras yg sama - Aras 3 imigresen. Bibik mesti hadir. Usually i-Kad siap within 1-2 months
- kena buat gambar bibik. Disitu ada banyak kedai gambar.
For the second year
============
9) After 10 mth bibik bekerja with u (at least 2 mth sebelum visa
tamat), you need to go to FOMEMA semula for medical checkup for her
second year (another RM190). Only the fourth year onwards tak perlu
renew FOMEMA dah.
10) After FOMEMA completed, need to pay Imegresen/Visa about RM 445 for the second year
If bibik nak balik bercuti ke indonesia after 2 year contract tamat dan nak sambung kerja dgn anda
=================================
11) Again repeat Fomema (RM190) two mths before visa tamat
12) renew visa for the third year (RM445)
13) Pergi ke Kedutaan Besar Indonesia (di Jln Tun Razak berhampiran RHB, berhampiran simpang ke bukit bintang)
- Buat surat mengatakan Bibik bekerja dgn anda dan ingin balik bercuti dan nyatakan tarikh tamat visa.
- Buat pertukaran alamat di passport bibik. Pertukaran alamat dari
alamat lama di Indonesia kepada alamat majikan baru (anda). Siap
dalamasa 2-3 jam. Bibik perlu hadir sekali.
- perlukan salinan IC anda. Boleh refer sini jugak: Blog Moon
Refer Letter boleh refer sini : jp visa sample letter
1 comment:
Wow
Telitinya
Mesti ramai yang gembira ada checklist yang disediakan ini
Singgah entry saya gak ye. TQ
Post a Comment