Tuesday, October 1, 2013

Bibik Ku Tak Paham Cakapku

Kerlass tak tajuk entri kali ni. Okey ye murid-murid, hari ni cikgu nak cerita cara-cara nak handle bibik yang susah nak paham arahan kita atau bahasa mudahnye tak paham bahasa.

Kalau nak tau aku baru je dapat bibik tak sampai pun 2 minggu lagi. Masa nak ambik dah bermacam-macam masalah. Dengan nak kejar masa sebab JP visa nak tutup bulan 10 ni. Dengan dia tertinggal kapal terbang sebab pak imigresen sana dok tahan dia. 2 kali ko beli tiket kapal terbang. Bila sampai sini, dia dok sibuk nak selesaikan hutang 9 juta rupiah yang mana aku tak campur dengan urusan hutang piutang dia. Aku cuma bagi advance 1 bulan gaji saja. Dia datang sini bawak 4 seluar iaitu 1 jeans dan 3 seluar biasa. Baju pun cuma dalam 3 dan 4 helai. Jenuh pulak aku nak cari baju lama dan beli baju seluar baru untuk dia. 

Macam biasa la, bila datang tunjuk mana bilik, bilik air, dapur and segala macam peralatan lagi. Masa nak introduce dengan alatan dapur pun jadi payah sebab dia tak paham mana. Susah dari segi bahasa. Kang aku cakap sudu dia panggil sudip, contohnye laaa. Dah seminggu ni, dia still tak rapat lagi dengan Sarah. Kalau tengok dari style dia agak kasar. Macam Sarah tak boleh paksa-paksa. Dia ni kalau Sarah taknak lagi di paksa. Semalam hari pertama dia dok sendiri dengan Sarah and Syafiq. Hari ni aje dua tiga kali aku call dia untuk make sure okey semua. Hari ni jugak aku balik rumah untuk spot check kerja dia. Aku tengok dia bagi makan anak aku dengan makanan yang dah sejuk. Ape lagi kan, kena sekolah la kau. Jangan bagi makan budak-budak makanan sejuk. Jangan letak lauk semua atas meja makan. Semua makanan simpan dalam bekas dekat dapur. Sebelum Syafiq balik sekolah panaskan lauk. Syafiq balik bukak baju, bagi susu and makan and banyak lagi laaaa.

Tu cerita minggu lepas. Sekarang dia dh duduk lebihkurang seminggu lebih kat rumah tu. Handle sendiri budak-budak. Banyak la improvement yang aku nampak. Pagi-pagi bangun masak nasik dulu. Lepas tu kemas mop lantai segala. Sarah pun boleh la sikit-sikit dengan dia. Bab masak memang hancuss laa. Aku masak untuk aku and hubby makan. Dia cuma masak untuk budak-budak makan. Maknanye dia cuma masak waktu siang sahaja. So far dia masak sup goreng ikan dengan tolor. Budak-budak makan itu aje laa. Aku balik kerja aku masak untuk makan malam. Bibik dulu pun tak masak. Aku yang masak. Huhu.

Kita tengok la sebulan ni macam mana. Ok ke idok. Mintak-mintak la ok semua. Kalau tak ok aku la jadik bibik. Huhu

2 comments:

4feet8 said...

berapa usia bibik tu..?
muda lagi ke..?

Anonymous said...

umur dia 40 tahun