Monday, November 19, 2012

Produk muka

Aku ada masalah dengan penjagaan muka. Aku dah guna macam-macam brand, tapi semuanya hanya mampu bertahan selama sebulan. Lepas sebulan, gatal-gatal la muka aku. Brand apa aku tak guna, semua dah cuba. Tapi aku guna brand biasa-biasa je la. Takde la 1 pencuci muka sampai beratus-ratus kan.

Disebabkan dah tak tahan dengan kegatalan muka, aku decide nak cuba brand hok mahal sikit. Tapinya aku tak mampu la nak pakai SKII, Chanel or brand2 mahal yang lain. Aku try google mana yang ok, end up aku terjumpa satu blog, dia cakap dia try brand ni and ok dengan kulit dia. Aku nak test la kan, pergi la aku ke Mid Valley semata-mata nak beli brand ni. Apakah brandnye..sila lihat..




Aku beli pencuci muka, toner, moisterizer and masker. Rasanya kos untuk semua dalam RM300 lebih. Pecah rekod la aku belanja banyak tu untuk muka. Dia ada bagi sample night serum, UV protected krim dan juga krim mata. Semua aku pakai and aku suka. Masalahnya mahai benor. Macam night serum tu botol kecik toik harga RM200 lebih, UV protected tu tiub kecik harga RM150. Fuhhh!!! lap peluh. Bukan tak boleh beli, tapi sayang duit. Hahahaha.

Aku dah pakai dalam 3 bulan. Banyak la perubahannya. Muka tak gatal. Liang roma x besar and makin mengecik, kulit muka jadi lembut. Nak aku tempek muka aku kat sini karang korang muntah plak. Nanti
aku ambik muka tak pakai bedak. Jangan pengsan sudah bila tengok.

Barang-barang muka dah nak abis. So bersiap sedia la nak perabiskan duit kat situ. Adehhh..sayang..sayang..aku sayang duitttttt!!!!

No comments: