Korang blog sebab ape.
Aku rasa VP ada keluar isu ni dalam blog dia.
Aku blog sebab :
1. Aku nak simpan semua stroy yg best or tak best pasal aku & family.
2. Aku perlukan tempat untuk luahkan segala isi hati aku.
3. Tempat aku berkenalan dengan blogger2 lain.
Aku diperkenalkan dengan blog oleh adik aku.
Masa tu aku prenantkan Syafiq.
Disebabkan ada masa lapang.
Aku saja create satu account blogspot.
Macam biasa la kan orang yang buta IT.
Apa pun tak tahu.
So aku ambik masa jugak belajar buat blog ni.
Sekarang dah 3 tahun aku tulis blog.
Sampai satu tahap kawan aku cakap aku tak ramai follower.
Hmmm. Aku tak kisah pun.
So dia bagi la tips.
Bagi komen & ajak blogger lain jadi follower blog aku.
Serius aku ada cuba 2-3 blog buat gitu.
Sampai aku rasa ape pasal aku nak buat swmua itu.
"Hi..saya follow awak..awak follow la saya".
Apekejadah yang aku buat.
Macam
Bila dah sedar diri aku stop.
So rasanye ada la 2-3 blog dapat msg aku gitu.
Hahahahahah. Nasibla. Saya sudah insap.
Aku berblog bukan sebab nak ramai follower
Okey..tak dinafikan dapat ramai follower satu bonus kan.
So rating blog korang pun boleh naik sebab dorang dok nyinggah blog ko.
So ape aku buat untuk mempopularkan blog aku.
NOTHING.
Aku tak letak link blog kat FB.
Yang mana kalau aku letak potensi kawan2 sekolah, Universiti akan klik.
Aku tak bagi tahu link blog aku kat officemate aku.
Yang ada YM maybe tahu sebab aku ada letak.
Tu pun untuk kawan-kawan rapat aku sahaja.
Aku memang gemar bloghop kat semua blog.
Tapi yang pastinya aku tak tinggalkan jejak.
Kalau aku tinggal jejak.
Potensi untuk orang pergi ke blog aku tinggi jugak.
Semua ada tujuan masing-masing bila berblog.
Ada sebab nak tulis pengalaman untuk ingatan sendiri.
Ada nak mengembangkan perhubungan.
Ada yang nak menambahkan income.
Macam-macam la.
Aku tak bersedia nak bagi orang lain baca blog aku.
Okey..kalau taknak orang baca kenapa aku tak privatekan je blog aku kan.
Sebab aku taknak.
Yang penting aku tak bagi tau sesiapa pasal blog aku.
Kalu orang-orang tertentu jumpa blog aku.
Terima kasih sebab sudi berusaha cari blog aku.
Hahahaah Perasan fofular ko!!!.
Tak kisah la ape pun niat berblog.
Yang penting jujur & ikhlas.
Jangan ada tipu-tipu.
Jangan suka kutuk-kutuk blogger lain.
Jangan ada hasad dengki dgn kesenangan orang lain.
Jangan kutuk life orang lain.
Masing-masing ada kehidupan masing-masing.
p/s: Entry ditulis kul 3 pagi. Mata dah layu. Tapi perut lapo!!!
2 comments:
sy berblog sbb nk luah isi hati sy..
ngaaaa....
suka+duka+bahagia+keciwa+keinginan.. ape lagi??
semua lahhh.....
=)
bagussssssssss...
Post a Comment