Thursday, August 30, 2012

Sushi Time

 Puasa hari tu tekak rasa nak makan Japanese food.
Sebab malas nak redah KL or tempat lain, so aku google ape yang ada dekat Bangi.
Jumpa la Miyagi Restoran ni.
Dah lama nampak tapi macam was-was, takut tak halal.

Bila baca review semua kata halal and sedap,
Kita pun sergah la sini.
Sebelum pergi masak dulu untuk anak-anak & maid aku.
Aku pergi 2 org je..sambil makan boleh dating.



Ni aku punya..licin aku macam

Ni hubbyku punya..licin jugak




Kesimpulannya makanan memang sedap.
Suasana menarik.
Sambil makan sambil dengar lagu Jepun.
Layanan pantas.
Yang paling penting Halal.

Sapa nak pergi silakan.
Alamat & no telefon ada kat bawah.
Restoran ni dekat dengan Hospital An-nur.

Miyagi Restoran
No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
03-8927-4246


Gambar bawah ni masa buka pose umah mak aku.
Menu nasik arab buatan adik & suaminya.
Sedap sampai menjilat jari.
Masa ni bersesak2 kat dapur.

Jemput makan semua..



Wednesday, August 29, 2012

Hari Raya Kami

Hari raya pertama kami di Terengganu.
Macam biasa lepas mandi makan-makan.
Dah makan salam-salam and ambik gambar.

Ok..malas nak tulis panjang-panjang.
Layan gambar je la.


Anak bujang & anak dara yang segak dan cantik

susah betul nak suruh ambik gambo..haishh!!!

Ini baru sikit..ada lagi yang belum sampai

Happy family

Gambo tok laki & bininya
Along, me & sarah


Along, me, cikju, mama & cikno

Cubaan ke berapa tah nak ambik gambo

Familyku

Tuan tanah kedaung..

Tuesday, August 28, 2012

Malam Raya Kami

Macam mana raya korang tahun ni.
Aku tahun ni ada perubahan sikit.
selama nak dekat 6 tahun kawin,ni la 1st time aku sambut 1st raya kat Terengganu.
Selalunya mesti dekat rumah IL dulu.

Jangan salah sangka ye kawan-kawan.
Laki aku bukan King Control.
Hehehehe..sebenarnya aku yang nak macam tu.
Sebabnya kalau raya Terengganu dulu nanti raya ke 2 dah balik sini.
So kalau raya hok dekat dulu nanti boleh berlama-lama di kampung.

 Tapi tahun ni laki bini tak boleh cuti.
So laki mak decide raya ganu dulu.
Raya ke 3 balik sini and raya ngan IL.
Khamis masuk ofis.

Sabtu bermula perjalanan.
Punya la berkobar semua orang.
Awal2 lagi dah bangun mandi kecuali budak2 kecik.
Plan asalnya nak gerak terus n singgah McD bangi.
Sekali kau..org beratur sampai pintu masuk.
Cancel terus n gerak pergi McD sungai Besi.
Nak taknak kena gak beratur..kang tak makan lapo.
Sampai McD kul 4.50..dpt makanan 5.35 pagi.
Makan sampai nak tercekik takut terlepas sahur.

 Pukul 6 gerak ke Timur.
Seperti sedia maklum, tak sampai terowong kereta dah macam siput.
Banyak kereta tersadai tepi jalan.
Lebih kurang 2 jam nak lepas jem.
Lepas petronas bentong jalan clean and clear.
Maid aku cakap org pakat berenti petronas.
Nak masuk toilet beratur sampai sejam.
Dorang dok mandi manda dekat toilet petronas.
Adoiiyaaaa..

Si kenit pun nak main bunga api
Sampai terengganu pukul 2.
Berehat ala kadar pukul 5 lebih konon2 nak pegi bazar ramadhan kat Batu Burok.
Sekali tak ramai yang jual.
Nak beli pun tak tau nak makan or beli ape.
Beli la ayam golek sekor, air mata kucing, kuih sikit.
Mok masak gulai daging, ayam goreng..cukup la tu.

Budak yang jakun tak penah jumpe pelita
 
Ateh and ameera tengah letok minyok dlm pelita
 
ko tengok laki aku..suka diapit gegurl..cett!!

Atok aku with cicit-cicitnye
Malam takde buat ape selain kemas2 sikit and main bunga api.
Abis dah cerita malam raya.
Sambung pulak cerita pagi raya.
Gambar malam raya diselitkan sikit.
Nak tengok gambar raya..
Tungguuuuu.