Monday, October 1, 2012

Syafiq Si Anak Teruna

Lama tak cerita pasal Syafiq kan. Tak lama lagi dah 5 tahun. Aku pun masih berkira-kira mau hantar budak ni sekolah mana. Sekolah seksyen 2 ke or seksyen 3. Kalau seksyen 2 boleh suruh maid hantar ambik, jalan kaki pun boleh. Kalau seksyen 3 kena naik van. Bab naik van aku risau sikit.

So bab sekolah tahun depan la decide. Sekarang malas fikir lagi. Syafiq sekarang berat dah 16 kilo.
Berat badan biasa2 and sepatutnya berat budak ni kena 20kg lebih ke. Makan still kurang TAPI susu banyak. Susu sama jugak. Patut dah tukar tapi dia nak jugak minum susu yg 1-3 tahun. Katanye susu yang baru tak sedap. Minum susu still guna botol. Bila ntah aku nak buang botol dia ni. Cakap masih pelat tapi boleh paham lagi.
 
Minum susu sambil mengentel ibu jari kaki
Syafiq..senyummm
Hari tu ada perjumpaan dengan teacher dia. Kata teacher Syafiq ni pemalu. Dulu lagi pendiam sekarang dah ada perubahan. Dah nak join aktiviti, dah main & cakap dengan kawan-kawan. Teacher cakap ada yang dia masih lemah. Pegang pensil, pegang gunting. Ada test ABC..bila tanya dia senyap je. Teacher pun conpius dia kenal ke tak. So tiap2 malam ada aktiviti menulis dan menggunting. Membaca dan mengenal ABC, 123, AlifBaaTaa..semua la. Tu la kerja tambahan aku. Jadi cikgu waktu malam.

Selain tu aku balik kerja mesti selongkar bag dia. Capai buku dia & suruh dia baca. Selalu 5 minit je la bertahan. Takpe..5 minit pun tetap beharga. untuk reading ia still Book 1 lagi. Kebanyakkan budak-budak dalam kelas dia Book 1 lagi. So anak aku bukan yang tercorot la. Tak bernafas aku kalau budak-budak ni dah buku 2 3. Terkejar weiii.







Begini la hasilnye kalau sua camera ke muka Syafiq
Hopefully akhir tahun ni dia dah Book 2. Dah pandai baca dan mengira. Dah pandai menulis dan mengeja nama sendiri. Adoii..budak baru tadika aku dah risau. Baru 4 tahun kut. Budak masih nak main aku dah kerah belaja. Aku ni jenis mak yang terlalu risau akan anak. Otak aku ni dok la fikir macam-macam. Sedangkan takde ape pun.

Saya budak nakal
Ape-ape pun aku harap semua berjalan seperti dirancang. Masuk 5 tahun dah pandai baca sikit-sikit.
Dah pandai mengira sikit-sikit. Pandai baca iqra'. Kalau tak tau lagi aku hantar kelas tambahan. Kelasss kau mariaaa!!!
Aminnn!! 



No comments: